Friday, July 9, 2010

Che Mek Molek


Kuih ini memang menjadi kegemaran Ashiqin, anak sulongku.Walaupun kami bukan dari pantai timur tetapi 

kami menggemari makanan dari sana sehingga Ashiqin pernah mengajak aku dan suami berkunjung ke 

Kelantan dan  Terengganu  untuk merasai suasana 'syurga' makanan kegemarannya di sana ketika bulan ramadhan. 

Oleh kerana rasanya sama seperti kuih keria 

maka anak-anak yang lain tidak pernah menolak. Anak-anak ku memang gemarkan kuih manis-manis. 

Mungkin mengikut citarasaku. 

Aku baru aje berjinak-jinak mencuba membuat kuih Che Mek Molek ni. Lihatlah pada rupa parasnya itu 

agak 'plum' seperti tuan nya. hehehe. Akan ku perbaiki rupa paras nya itu sehingga memuaskan hati.



CHE MEK MOLEK
Sumber : Mengikut citarasa @aziancollections

BAHAN- BAHAN

Keledek
(yg warna orange lebih cantik)

Tepung gandum

Gula Pasir

CAYA MENYEDIAKAN

1. Kupas kulit keledek potong kecil-kecil dan rebus bersama sedikit garam

2. Apabila telah empuk toskan dan lenyek.

3. Uli bersama sedikit tepung gandum sehingga ia kurang melekat di tangan.
(kurangkan tepung utk lebih rasa keledek)

4. Ambil sedikit adunan dan leperkan. Isi gula dan bentuk seperti dalam gambar( lebih slim lg baik).Buat sehingga habis. 
Goreng dalam minyak penuh dengan api yang sederhana. Angkat dan toskan minyak nya.



3 comments:

ain said...

owhh..ala2 kuih keria ye kak. klu gitu sy pun suka!

Cikgu Zam said...

salam kak azian.
pandang cekmek molek tu, teringat saya pada kuih tersebut semasa saya di tanah air, saya selalu mebantu emak saya membuat kuih itu untuk dijual, aduhhh rinduu saat itu, saat uli ubi dan saat bersama keluarga

Azian Nd said...

Salam AIN,
Ya, cara membuat dan rasanya sama aje...

Cikgu Zam,
jika begitu tentu Cikgu Zam lebih 'teror' dari saya membuat kuih tu...
psstt, kat jepun pun banyak keledek kan, bolehlah buat Che Mek Molek....heheh