Wednesday, June 16, 2010

PULUT KUNING


Malam tadi walaupun penat baru saja pulang dari cuti-cuti Malaysia ke Penang aku bersama anak sulongku Ashiqin ke Tesco mendapatkan bahan utama membuat Pulut Kuning iaitu pulut. Tetapi hampa bila melihat rak untuk beras pulut kosong. Hai hebat jugak permintaan untuk pulut sehingga kehabisan stok!
Lalu kami panjangkan langkah pula ke Giant. Nasib baik beras pulut susu yang kucari hanya menunggu aku....Lepas ni org lain tak payah guna beras pulut. Dah habis stok!hehehe.........
Sebenarnya tiada bernazar atau orang khatam Quran. Cuma aku berkuat rasa di hati ingin memberi jiran-jiran Pulut Kuning . Bersyukur di atas segala yang Allah kurniakan kepadaku dan anakku. Semuga Allah permudahkan segala urusan yang lain. Maka aku tidak mahu menangguhkannya kerana apabila sekolah di buka aku tak punya waktu & tenaga yang mencukupi untuk itu semua.
Selalunya aku membuat Pulut Kuning di makan bersama rendang. Macam biasalah permintaan untuk Rendang Minang memang nombor 1. Untuk resepi, ehem ehem lu carilah sendiri kat N3 bahagian daging yea hehehe......
Pulut kuning pula ..........


BAHAN-BAHAN

1 Kilo pulut

3 keping asam gelugor

2 Inci kunyit hidup

Air secukupnya

1 biji kelapa
(Perah dgn air suam)
Perahan pertama- santan pekat
Perahan kedua- santan cair


CARA 

1. Kisar kunyit bersama sedikit air dan tapis.

2.Cuci bersih beras pulut dan rendam bersama air kunyit dan asam gelugor semalaman.

3. Cuci semula beras pulut sehingga benar-benar bersih dan buangkan asam gelugor,toskan.

4. Kukus beras pulut di dalam kukusan yang beralaskan kain maslin hingga pulut agak lembut.

5. Angkat dan gaulkan dengan santan cair yang dicampur garam secukup rasa.

6. Kukus semula pulut hingga lembut.

7. Angkat Pulut dan masukkan kedalam mangkuk/besen. Gaul santan pekat yang telah di campur garam secukup rasa. Kukus semula selama lebih kurang 15 minit. Angkat dan hidang bersama rendang, kari atau sambal tumis.




2 comments:

Lylee said...

hehe. terima kasih ye bagi pulut tadi ;)

Cikgu Zam said...

salam kak,
emmm pulut kuning ni adalah makanan tradisi kita yang semakin kurang digemari oleh kanak-kanak sekarang. Risauuuu......