Thursday, June 17, 2010

KACANG SALUT

Musim bersengkang mata menonton pasukan pilihan beraksi di padang kembali lagi. Orang kat dalam rumahku ini tidak ketinggalan. Selalunya bila ada 'game' suamiku akan membeli kudap-kudapan seperti kerepek.Kekacang juga jadi pilihannya. 
Sebenarnya bukanlah apa aku membuat kacang salut ini. Dah lama tak buat dan juga salah satu sessi mencuba bakal-bakal kuih raya yang akan menjelma tak lama lagi. Yang mana satu pilihan kalbu.Pastinya mana yang selesai cepat itu yang akan menjadi pilihan untuk kuih raya.
Sambil goreng sambil makan. Aku juga sebenarnya sukakanya! Inilah cara aku membuat kacang salut. Tak taulah teman-teman yang lain bagaimana pula. Jika ada cara yang lebih baik jomlah kita share. Ok.......

BAHAN-BAHAN

1 kilo kacang tanah

Sebuku bawang putih
( buang kulit & kisar/tumbuk)

4 sudu besar cili kisar

Garam & gula
(secukup rasa)

4 biji telur

4 sudu besar tepung gandum

4 sudu besar tepung beras

4 sudu besar tepung jagung.

4 Sudu besar bijan

Minyak untuk menggoreng


CARA MEMBUAT.


1. Gaulkan kacang yang telah di cuci dan ditoskan dengan bawang putih kisar, cili kisar , gula dan garam.

2. Masukkan bahan yang lain selain minyak dan gaul rata.

3. Panaskan minyak dan goreng kacang dengan api yang sederhana. Pisah-pisahkan kacang sambil dikacau supaya masak rata.

4. Angkat bila kacang nampak agak garing dan toskan. 

5. Sejukkan dahulu sebelum meyimpan.







2 comments:

Anonymous said...

Aslmkm Azian.
Hehe ... dah tgh malam masih berkunjung lagi ... kira last ni!
Mohon maaf la kerana baru ni Kak G dpt berkunjung balas dek bahana laluk tu!
Azian buat kacang ni utk jualan juger ke?

Azian said...

waalaikumsalam Kak G,
terimakasih singgah sini yea. Buat masa ni buat untuk makan-makan sendiri aje. Ada juga kawan-kawan minta buatkan.