Sunday, June 13, 2010

AIR SADERI








Jika suatu waktu dulu aku memasak daun saderi sebagai ubat menurun kan paras tekanan darah ibuku juga suamiku tetapi kali ini aku melakukannya untuk diriku sendiri. Baru-baru ini aku telah di sarankan melakukan Colposcopy untuk mengesahkan keluarbiasaan sel yang dijumpai. Tekanan darahku tinggi sewaktu memulakan proses tersebut Memang tidak pernah aku melalui keadaan seperti itu. Mungkin juga kerana takut akan keputusannya atau juga kerana aku tidak mampu tidur lena sebelumnya menyebabkan aku keletihan. Segala-galanya bercampur baur!
Walau bagaimanapun Alhamdulillah keputusannya adalah negetif kanser.
Daun Saderi atau daun sup juga dikenali sebagi Apium Graveolens sering digunakan sebagai penyedap bau kepada masakan seperti sup. Tetapi suatu ketika dulu jiranku Pn Sharifah iaitu isteri kepada pelukis Othman Akhbar pernah menurunkan satu petua iaitu air saderi sebagai medium menurunkan paras tekanan darah. 
Memang terbukti berkesan kerana aku telah mencubanya kepada ibu, suami dan diriku sendiri.
Tetapi awas kerana ia tidak boleh diamalkan selalu kerana akan menyebabkan tekanan darah menjadi rendah pula. Sebagai contoh aku hanya minum sekali sahaja. Kepada mereka yang tiba-tiba saja darahnya naik bolehlah mencuba.Hanya perlu merebus segenggam pokok saderi dari daun hingga ke akar. Cuci bersih-bersih dan potong kasar-kasar. Rebus pokok saderi dengan 2 cawan air sehingga menjadi 1 cawan. Minum sewaktu masih suam. Memang bau dan rasanya yang agak maung  mampu menyebabkan seseorang merasa mual. Apapun ubat memanglah tak sedap kan....Selamat mencuba! 






7 comments:

Anonymous said...

salam azian...baru saya tahu khasiat pokok saderi ni...terima kasih tentang info ni...sbb hubby saya pun dah sampai tahap kena berjaga2...klu tekanan darah naik bolehlah cuba...

ain said...

good info ni kak yan.tq!!!

Azian Nd said...

Salam.

Ima & Ain

Pada saya & keluarga ianya memang berkesan. Cubalah. Mana tau serasi pula. Saya mendapat petua dgn ikhlas & semuga ianya dapat membantu.

E-na Zarina said...

salam k.azian...
info baru utk e-na ni...e-na link dgn n3 pokok saderi e-na ye...tq kak!

Anonymous said...

gunakan juice extractor lg senang untk dptkan jus saderi

Anonymous said...

tq.alhmdulillah petua ni berjaya trunkan tekanan darah sy.

Anonymous said...

Cook dedulu guna sebagai penghias yg boleh ditambah terus makan dalam sup daging atau kambing