Kuih tradisional ini merupakan antara kuih yang di gemari oleh aku dan anak-anak ku. Suamiku tak masuk 'book' lah sebab beliau tidak gemarkan kuih muih yang manis-manis. Jika dahulu bila terasa nak makan pergi aje kat dapur pasti ada kerana suatu ketika dahulu ibuku pernah berniaga kuih muih. Tapi kini tidak lagi dan bila terasa nak makan seperti yang dulu kenalah buat sendiri. Sebenarnya aku tidak pernah membuat sendiri kuih tersebut dan inilah pertama kalinya. Kebetulan dikawasan tempat tinggalku ada menjual kuih itu yang boleh tahan juga sedap nya. Namun aku tetap ingin mencuba sendiri agar tidak lupus warisan ibuku.....
BAHAN - BAHAN
1 Ketul ubi keledek
(rebus & lenyek)
1 peket tepung pulut
1 sudu gula
(agar bijan melekat)
Sedikit air garam
Inti kelapa/kacang hijau
Bijan secukupnya.
CARA MEMASAK:-
1. Uli tepung bersama keledek yang telah dilenyek beserta sedikit air garam dan gula. Uli sehingga mendapat adunan yang lembut.
2. Buat bulat-bulat mengikut ukuran yang dikehendaki dan masukkan inti. Bulatkan semula hingga sempurna.
3. Gelekkan bebola tepung itu di atas timbunan bijan.
4. Goreng 'deep fry' di atas api yang kecil supaya tidak meletup. Angkat dan toskan minyaknya.
4 comments:
cutenya!! nk 2 ketuii bole??
boleh...amik lah....
Salam singgah,
Kuih bom memang cedap.. tp sedap lagi satey dan sata kat bawah sinun :)
salam,
saya juga gemarkannya tapi dah lama tak makan, huhuhu
Post a Comment