Thursday, January 14, 2010

KARI DAGING TETEL


Mungkin telah ditentukan hari ini  perkara yang diluar jangkaan ku telah terjadi. Mungkin inilah yang dikatakan kebaikan datang tiba-tiba tanpa di jangka. Entah mengapa hari ini aku tergerak hati untuk membeli keperluan di Giant Bandar Puteri sedangkan selalunya aku ke Tesco saja memandangkan ia lebih dekat dengan rumahku. Ketika asyik memilih bawang besar ,seorang wanita muda keturunan India berkata bahawa kini semuanya telah naik harga. Harga bawang besar yang sedang kami pilih pun naik juga. Berborak... pun.... berborak beliau bertanya kepadaku bagaimana caranya aku masak kari. Berceritalah aku kepadanya dan katanya cuba cara dia. Nanti akak akan rasa perbezaannya dan ingat kepadanya.Kebetulan aku ada membeli daging tetel maka aku pun mencuba teknik yang telah di ajarkan oleh ? ( asyik bercerita sampai lupa nak tanya nama) Tq. Tak sangka masih ada insan yang sebaik ini walaupun antara kami tidak mengenali antara satu sama lain...
Jom kita share apa yang di ajar oleh 'teman' ku itu dengan Kari Daging Tetel.


BAHAN- BAHAN:-

1/2 Kilo daging/ ayam

1 Peket rempah kari Babas

2 Biji bawang besar

1 inci halia

2 ulas bawang putih.

1 mangkuk kecil santan

Daun kari

Rempah menumis.

3 sudu air asam jawa.

CARA MEMASAK:-

1. Kisar bawang besar, halia dan bawang putih hingga halus.

2. Gaul daging/ ayam bersama rempah dan bahan yang di kisar. Gaul rata.

3. Tumis bahan penumis iaitu bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga bersama daun kari hingga berbau harum.

4. Masukkan daging yang telah digaul bersama rempah dan bahan kisar. Biar sebentar supaya ia kecut.

5. Masukkan santan. Masak sehingga empuk.( tambah air jika daging tidak empuk) Masukkan air asam dan garam.

6. Masak hingga mendapat kepekatan yang di kehendaki.


4 comments:

HALAMANKU said...

Salam Kak Yan...cedapnyer..makan ngan nasi panas2 cam mudah...nak cuba gak.. tang tetel yang x brape tau...

Azian Nd said...

Erma, tetel tu daging cincang....

Unknown said...

Salam. Rajinnye... Isteri saya asyik tanda buku sekolah. Nampaknya makan apa yang maid masak jelah. Tapi saya tak kisah. Sekarang on diet...Ingat hari ini nak makan prosperity burger McD. Kirim salam kepada Hubby ok..

Azian Nd said...

Mybabah, begitulah jika jadi seorng guru...Dulu saya pun gitu juga...rindu nak tanda buku.....huhuhu...