Friday, October 30, 2009

MINI BAHULU



Pejam celik dah hari Jumaat. Jadual hari ini kena lebih pantas sedikit almaklumlah anak-anak pulang dari sekolah lebih awal. Semenjak tiada pembantu ni semua aktiviti kena buat sendiri dan terpaksa lakukan dengan 'terlebih' pantas. Yelah...anak-anak seramai empat orang yang tinggal bersama tentulah banyak perkara yang perlu diselesaikan....
Anak bongsuku Nurlisa begitu menggemari kuih bahulu. Jangan ceritalah dengan anak keduaku Amirul. Seluruh keluarga tahu tentang itu. Masih di ingatan suatu ketika dahulu arwah kakak suamiku Kak Ngah, dia pasti akan membuat kuih bahulu untuk anak keduaku itu apabila tahu kami akan kerumahnya. Bahulu buatan orang veteran dan tradisional tentulah mengancam! Dan yang pasti ada bekal untuk di bawa pulang untuk Amirul...Hanya tinggal kenangan...
Ketika itu akupun sibuklah membeli acuan letrik untuk membakar bahulu. Yelah anak-anak sukalah konon nye....Tapi setahun sekali pun belum tentu buat!.. dan terlebih rajinlah kiranya aku mengeluarkan acuan itu untuk 'mengingatkanku'. Akhirnya berjaya juga melawan nafsu malas....
Begitu gembiranya melihat anak ku Lisa tidak berhenti makan. Dan pastinya hanya sedikit dapat di simpan kerana anak-anak seperti tidak mahu berhenti makan bahulu yang masih panas.Yang pasti, rupanya yang comel membuatkan anak-anak sukakannya.....Jom kita lihat rupa dan cara membuatnya....senang aje....

BAHAN-BAHAN:-

1 Cawan telur

11/4 Cawan gula

1 cawan tepung
(lebihkan tepung jika kuih melekat)

Minyak masak.


CARA MEMBUAT:-

1. Pukul telur bersama gula hingga gebu dan masukkan tepung. Pukul lagi.

2. Panaskan acuan dan gunakan daun pandan untuk menyapu minyak ke acuan.

3. Masukkan bancuhan 3/4 acuan dan bakar selama lebih kurang 10 minit.

Nota: Untuk mendapatkan bahulu yang garing,lebihkan sedikit gula.

1 comment:

*E-na* said...

Pos sini skeett..anak2 e-na pn suka bahulu...klu kat mesia senang mak yang buat he he