Sunday, October 25, 2009

ROTI JOHN BERSAUSAGE



Kudap-kudapan ini aku buat untuk minuman petang. Kebetulan hari hujan dan anak-anak cuti sempena PMR baru-baru ini. Teringat pula Roti John yang dibeli oleh Mak Lang mereka di Banting ketika ramadhan tempohari. Tiba aje waktu berbuka licin pinggan. Kanak-kanak memang gemarkan sausage. Lebih-lebih lagi digandingkan bersama mayonise. Ketika itu anak-anak ku meminta agar aku membuat roti John begitu suatu hari nanti. Mereka makan dengan puasnya sehingga ada diantara mereka yang tidak makan malam kekenyangan...

BAHAN-BAHAN:

1 Peket roti hot dog

200 gm mince beef

5  Batang sausage

1/2 Peket rempah daging

3 Ulas bawang merah

2 Ulas bawang putih

1 Biji bawang besar

3 Biji telur

Lada hitam

Garam

Marjerine


CARA MEMBUAT:-

1. Tumbuk bawang putih dan merah hingga lumat. Potong sausage serong dan nipis-nipis. Bawang besar dipotong kiub kecil.

2. Tumis bawang bersama sedikit marjerine hingga garing. Masukkan rempah daging dan sedikit air. Masak hingga naik minyak.

3. Masukkan mince beef dan masak sehingga empok. Tambah air jika perlu.Masukkan Sedikit garam.

4. Angkat dan sejukkan sebentar.

5. Didalam mangkuk, Pecahkan telur. Masukkan mince beef yang telah dimasak tadi,sausage , garam dan sedikit lada hitam.

6. Diatas kuali leper, lengserkan sedikit marjerine. ratakan bancuhan dan tekapkan roti yang telah di potong dua tidak putus.

7. Terbalikkan roti dan masak sebentar. Angkat. Sapukan mayonise dan cili sos.

5 comments:

UmMi 3A/TintaCyber said...

Terliurlah pula tengok Roti John...betul2 nampak sedap...saya nie minat sgt mkn roi John..tu...slalunya beli..weekend nie nak cuba buat juga ler...:)

hajah nafisah said...

aduh. sungguh menyelerakan. semua resepi2 yg mudah dibuat .

E-na Zarina said...

yummy...yummy...sedapnya roti john! ada sosej lg...nak sepotong kak..he he lapau ni..

Azian Nd said...

Salam,
E-na -Sebab ada sausage lah yang buat dia jadi rebutan anak2...

Hajah - tq sudi singgah, memang semuanya simple dan mudah...nak tau sedap kena try dulu...

TintaCyber - Letak mayonise lebih ckit + cheese lg sodappp.....

Anonymous said...

sedap ehh....nak try jugak