Setiap kali menjelang tibanya Tahun Baru Cina pasti kita turut sama sibuk membeli buah limau lokam. Lebih dari itu aku dan teman-teman menunggu kemunculan prosperity burger dari Mc Donald.Teringat waktu muda-muda kali pertama kemunculan nya ketika aku berpantangkan anak keduaku Amirul 16 tahun yang lalu. Salah satu menu yang dianggap 'sedap' dan boleh dimakan ketika berpantang. Semuanya gara-gara lada hitam yang terdapat pada sosnya...
Bertambah satu lagi koleksi mejelng tahun baru cina, pasti kawan-kawan sering lihat ianya dijual dipasaraya seperti Tesco, Giant dan Carrefour. Buah ngaku ataupun arrow head. Jika dulu hanya memandang saja tetapi sejak diperkenalkan oleh teman blogger Nina yang juga jiranku, aku terpikat dengan rasa lemaknya apabila telah dijadikan kerepek.Hari ini aku meluangkan sedikit masa sementara menanti anak-anak pulang dari sekolah agak lewat sedikit untuk memasak kerepek ngaku. Bolehlah suamiku mengunyah ketika menonton bola.
BAHAN-BAHAN:-
Buah ngaku / arrowhead
Penyagat
Minyak Masak
Garam
CARA MEMASAK:-
1. Kupas kulit buah ngaku. Haruslah direndam di dalam air selepas di kupas supaya tidak berubah warna.
2. Sagat buah kedalam bekas berisi air garam. Biarkan ia berendam seketika untuk membuang kanji yang berlebihan.
3. Panaskan minyak dan sementara itu toskan sedikit buah ngaku yang telah disagat.Gorengkan buah ngaku yang telah di toskan tadi dengan api yang besar. Biarkan seketika dan kecilkan api setelah separuh masak. Kacau sekali sekala agar rata garingnya. Angkat dan toskan.
Nota: Buah ngaku juga boleh terus disagat kedalam minyak panas selepas di kupas seperti membuat kerepek pisang.
4 comments:
Salam,
Sedapnya. Kita selalu gak tengok kat pasaraya.Tanya kat nyonya, dia cakap sedap kalau goreng ngan udang, buat sayur. Tak sangka lak boleh buat kepek. Nak buat laaa.
Jengah balik ni...Mana nak beli pokok bunga kesidang ni ek...kita suka sangat bau dia tapi tak tau nak dapat kat mana.
best ke?
x pnah rase..mcm rase kerepek sukun tak?
Dahlia, kalau kerepek sukun ada rasa manis. tp ngaku ni rasa lemak nya lebih sikit.
Gerau, saya beli kesidang kat sg buluh. kat nursery pun ada jg...
Post a Comment