Monday, August 1, 2011

TUNA BAGUETTE


Assalamualaikum ......

Hari pertama Ramadhan dan bermulalah saat-saat kena bangun pagi untuk bersahur . Sesuatu yang agak berbeza dari kebiasaan terutamanya kepada 

anak-anak kecil. Hari pertama bersahur selalunya saya memastikan anak-anak makan makanan berat seperti 

nasi .Walaupun begitu ramai juga yang hanya makan roti dan yang ringan-ringan ajer pada waktu sahur al 

maklumlah selera tidur mengatasi selera makan.....Teringat pula akan abah saya yang tidak mengambil nasi 

pada bulan puasa ni...Apalah sahur dia pada pagi ini agaknya.



Kalau rajin untuk mereka yang tidak mengambil nasi boleh lah di buatkan tuna baguette . Anak-anak tentu 

suka dan jika di hias cantik dapat membangkitkan selera. Ringkas, mudah, sedap dan cepat untuk di 

sediakan. Sesuai juga dihidangkan sewaktu berbuka. 

Mudah saja penyediaannya hanya perlu dipotong baguette disapukan tuna. Letakkan potongan beef bacon 

yang telah grill sebentar, cheese dan sayur(jika suka.Saya tak letak sayur sebab anak-anak akan ketepikan 

sayurnya). Letakkan di atas grill pan sebentar supaya bagguette menjadi ranggup. Picitkan mayonise dan cili 

atau tomato sos jika suka.




4 comments:

Azueriena Norash said...

singgah sini carik idea nak masak2...bleh try nie...

Sofea said...

salam ramadhan al mubarak..

azian said...

Terima kasih Sofea.
Sama-samalah kita menyambutnya dgn penuh ketaqwaan.

azian said...

Selamat dtg ke Azian Collections Azuriena,
Silakan lah jika ada yg berkenan.