Wednesday, November 24, 2010

KUEY TEOW SUP



Selamat malam...menu ringkas malam ini tapi nak menyediakan bahan-bahan garnishing nya mengambil masa juga. 

Kuey Teow Sup kali ini memang agak berlainan sedikit. Sup nya plain sahaja dengan carikan ayam ditambah 

pula dengan keranggupan taugeh ,kacang tanah dan bawang putih goreng. Daun bawang nya pula 

menambahkan lagi 'rasa' disamping sedikit kepedasan dari cili api kisar.

Amat sesuai untuk mereka yang tidak berselera makan dan yang pasti makan sekali nak tambah lagi....


KUEY TEOW SUP

BAHAN-BAHAN

1 peket kuey teow

2 ketul dada ayam

1 mangkuk air

2 Ulas bawang putih
(ketuk)

1 bunga lawang

3 biji buah pelaga

Sedikit lada sulah

daun bawang
(hiris)

taugeh

lobak asin hancur

Bawang putih
(cincang dan goreng)

cili api

kacang tanah


CARA MENYEDIAKAN

1. Tumis buah pelaga dan bunga lawang bersama bawang putih yang di ketuk . Masukkan air dan biarkan mendidih. Masukkan dada ayam dan sedikit garam dan lada sulah.Rebus hingga ayam masak .
Keluarkan ayam dan toskan. Carik-carikkan ayam.

2. Kisar cili api dengan sedikit garam ,gula dan sedikit cuka. 

3. Goreng bawang putih yang di cincang hingga garing. Campurkan bawng dengan minyaknya sekali dan sejukkan.(bawang dengan minyak boleh disimpan di dalam peti sejuk dan dipanaskan dgn microwave bila hendak di gunakan dan masih ranggup)

4.Kacang tanah goreng ditumbuk kasar.

5. Untuk menghidang, masukkan kuey teow dan sup kedalam bowl . Taburkan bahan-bahan yang lain.

Nota: Tidak perlu bawang goreng dan daun sup.Ia akan merubah rasa



1 comment:

Azian Nd said...

Kak Ham...nak semangkuk dtglah sini hehehe.