KLIK KLIK NUFFNANG

Saturday, February 19, 2011

Mee Goreng Ibu


Pagi yang ceria terasa nyaman dan segar . Pagi ini saya menggoreng mee sebagai sarapan pagi. Kali ini saya 

membuat agak basah sedikit. Anak-anak memang sukakan mee goreng hitam ini. Jika dulu saya sering 

menggunakan kicap pekat jenama Magie tetapi kini tiada lagi di pasaran maka kurang hitam lah kini mee 

goreng saya dan saya belum berjumpa lagi sos yang serupa begitu....

Kawan -kawan/ jiran saya juga sering membuat 'special request' agar saya menggoreng mee jika kami 

mengadakan jamuan perjumpaaan. Tiada apa yang istimewa dengan resepi yang saya guna cuma mungkin 

teknik dan 'air tangan' saya memenuhi citarasa mereka.




Saya gemar jika menggoreng mee ada udang besar yang merah-merah......



MEE GORENG IBU

BAHAN-BAHAN

1 Peket mee

2 Ulas bawang putih*

3 Ulas bawang merah*

3 sudu besar cili kisar

1/2 kiub ayam

200 gm isi ayam

5-6 ekor udang besar

Fish cake

2 sudu makan sos tiram

4 sudu makan kicap manis

2 sudu makan kicap cair

4 Sudu makan sos cili
(tambahkan jika perlu)

taugeh dan tauhu
( saya gantikan kobis)

1/2 cawan air

CARA MENYEDIAKAN:-

1. Tumbuk bahan bertanda *. Tumis dengan sedikit minyak dan masak hingga naik bau.

2. Masukkan cili kisar dan masak hingga agak garing. Masukkan air.

3. Masukkan sos tiram, cili sos, kedua-dua jenis kicap dan kiub ayam.

4. Bila menggelegak masukkan isi ayam yang telah di potong kecil. Apabila separuh masak masukkan udang , fish cake dan sayur. Gaul rata.

5. Masukkan mee yang telah di cuci dan di toskan ( jika gunakan taugeh dan tahu, masukkan juga ketika ini). Gaul rata dan masak hingga agak kering.

6. Angkat dan taburkan daun bawang dan bawang goreng sebagai hiasan dan penyedap rasa.


No comments: