Mee kari merupakan hidangan yang sering aku masak sejak dari zaman 'anak dara' lagi. Ia
merupakan salah satu masakan kegemaranku dan sering menjadi pilihan untuk dijadikan menu
sesuatu majlis atau untuk tetamu yang datang. Apabila telah mendirikan rumah tangga ianya
berterusan.
Semenjak ramadhan ini aku belum lagi menikmati mee kari. Kerana keremehan membuatnya
aku seringkali membeli diluar. Tetapi banyak yang tidak memenuhi citarasaku. Maka aku
memasaknya walaupun remeh, kata orang hendak seribu daya...
Terasa bangga bila anak-anak dan suami menyukainya. Dan masakan itu habis secukupnya
tiada berbaki.
BAHAN DIPERLUKAN:
1 Peket mee kuning(celur)
2 Batang serai(dititik)
1 Inci lengkuas (ketuk)
1/2 Ekor ayam
(rebus dan carik2 isinya)
Udang
Fish cake
Tauhu pok
Steambot Fuchuk
Limau kasturi
Daun pudina
1/2 kilo santan
air asam jawa
KISAR
5 Ulas bawang merah
3 Ulas bawang putih
5 Tangkai cili kering
1 Inci halia
2 Sudu besar udang kering
1 Peket rempah daging
CARA MEMASAK
1. Tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan serai dan lengkuas. Kacau rata.
2. Tuangkan air rebusan ayam biar mendidih.
3. Masukkan santan dan masak hingga agak pekat. Tambahkan garam, perasa dan air asam jawa.
4. Masukkan tauhu pok dan biar sebentar. Angkat
5. Hidang bersama ayam, fish cake, fuchuk, limau kasturi, daun pudina, bawang goreng dan sambal .
No comments:
Post a Comment