Monday, June 10, 2013

RENDANG LOKAN



Pasti ada yang tidak pernah mendengar perkataan Lokan terutamanya generasi kini. Anak-anak saya sendiri tak pernah kenal apa itu Lokan sebelum saya mengenalkannya kepada mereka. Kerang-kerangan yang juga dikenali secara saintifik dengan nama 'Polymesoda expansa' merupakan kerang-kerangan seperti kepah , Lala atau remis. Ianya boleh didapati di dalam lumpur berhampiran sungai di pinggir laut. Rasanya sama seperti Kepah cuma sifatnya lebih besar dan lebih nipis berbanding Kepah.


Beginilah rupa Lokan kepada yang tak pernah melihatnya. Cuma kali ini saya dapat yang kecil-kecil sahaja.
Lokan begitu sinonim dengan saya 4 beradik kerana ketika arwah abah masih muda dulu beliau akan bawa pulang berguni lokan dan ada ketikanya saya turut sama membantu mencarinya.Ketika itu lokan nya besar-besar belaka sehingga ada yang sebesar piring cawan. Pengalaman yang begitu berharga dan tak mungkin dapat di ulangi lagi....Tiba hari raya itulah juadah istimewa yang sering arwah emak masak untuk hidangan kepada sanak saudara disamping rendang ayam. Abah pula akan membakar lemang yang pada saya tiada tandingan keenakannya... Rendang lokan juga yang di cari oleh anak-anak buah emak memandangkan sukar bagi mereka yang dari kota, mendapatkannya....Dan saya juga belajar memasak dengan memasak Lokan masak kicap...itulah permulaan saya dalam dunia masakan...
Tetapi bila air sungai yang sangat jernih ketika itu mula di cemari oleh pencemaran najis, saya tidak lagi dapat menikmati pengalaman yang istimewa itu dan hanya menikmati lokan yang di beli dari luar saja...


Lokan perlu di belah dan dikeluarkan isinya sebelum di masak. Itulah perkara yang paling mencabar.Sampai kecut-kecut jari bila mengeluarkan isinya kerana ia akan mengeluarkan banyak air. Bayangkan berguni lokan perlu di keluarkan isinya untuk mendapat sekuali besar rendang lokan!

Isi Lokan serupa aje macam Kepah atau Lala....


Pada mulanya saya nak masak kicap ajer. Tapi bila terbayangkan keenakan rendang lokan yang di makan bersama nasi atau roti, saya buat jugalah rendang. Saya juga inginkan agar anak-anak saya merasai kemanisan Lokan itu apabila telah di buat rendang. Kali ini saya tidak masak rendang itu sampai kering supaya ia agak lembab .


Inilah hasilnya...ternyata anak-anak menyukai rasa Lokan yang 'manis' itu.. Cuma kali ini saya malas nak mengisar cili kering...saya hanya guna cili padi saja....Bila tiba waktu makan saya berkata kepada anak-anak...seperti inilah masakan yang sering arwah opah mereka masak untuk saya adik-beradik...Sayu dihati ketika itu hanya Allah yang tahu....terlalu kuat ingatan itu...

RENDANG LOKAN AZIAN

BAHAN-BAHAN

30 biji lokan

3 cawan pati santan

segenggam kecil cili padi*
(ikut kepedasan yg di sukai)

6 ulas bawang merah*

2 ulas bawang putih*

1/2 cawan kerisik

2 batang serai*

1 inci lengkuas*

1 inci halia*

1 inci kunyit*

1helai daun kunyit*
(1/2 di kisar, 1/2 di hiris)

2 batang serai dititik

1 keping kecil asam keping

garam secukup rasa

CARA MEMASAK:-

Keluarkan isi lokan . Cuci dan toskan. Kisar semua bahan yang bertanda *. Masukkan kedalam kuali.
Masukkan juga santan , serai yang di titik, asam keping dan kerisik. Masak sambil di kacau sehingga pekat atau agak kering. Perasakan dengan garam. Kacau rata dan masukkan pula lokan. Apabila lokan telah di masukkan rendang akan kembali sedikit lembab kerana lokan akan mengeluarkan air. Masak sebentar dan masukkan daun kunyit yang di hiris.Gaul rata dan angkat.

# Lokan tidak boleh di masukkan awal atau di masak terlalu lama kerana ianya akan menjadikannya sedikit liat.


7 comments:

Gee® said...

Sedapnya... kalau makan dgn pulut pon sodap ni...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Azian dengan pengalaman mengutip lokan.. saya pula ada juga pengalaman begitu cuma bezanya saya pernah ikut arwah ayah mengutip kepah di tepi pantai... memang kenangan manis yang tak mungkin dpt dilupakan.. kenangan mengutip kepah itu lebih kuat dalam ingat sy berbanding masakan apakah yang mak sy masak pada masa tu.. hehe.. maklumlah masa tu belum pun bersekolah.. memang tak ingat lauk apa yg mak masak.. tp masih kuat ingatan betapa seronoknya mengutip kepah.. yg paling best sayalah yg jd tukang gali pasir pantai bila 'mata kepah' kalau was2.. biasanya mak & arwah ayah akan cucuk gunakan mata parang utk pastikan ada atau tidak kepah di dalam.. bila terdengar bunyi sesuatu.. maknanya ada.. sylah yg jadi tukang gali.. hehe.. mmg kenangan paling indah dlm hidup.. dpt berbaldi2 kepah.. anak2 skrg tak mgkin dpt lalui perkara yg sama spt kita kan azian..
lokan sy tak pernah makan.. tp seingat sy kalau kerangan dr sungai ni.. sy pernah mkn kijeng.. entah apa nama lain bg kijeng.. nampak mcm sama je dgn semerbak..

Unknown said...

assalamualaikum kak azian..salam kenalan kakak..ohh baru zila tau lokan tu..hehehe sama tp x serupa macam lala..

Azian Nd said...

Gee, memang betul kalau makan dgn pulut sedap juga...

Azian Nd said...

Madiha,memang kenangan itu tak dapat di lupakan...Saya juga ada pengalaman mengutip kepah memandangkan pantai Bagan Lalang yg terhampir dgn kediaman saya ketika kecil-kecil dulu memang byk kepah. Seronok...terutama bila gali-gali dapat kepah tu...
Ini lah salah satu cara saya utk refresh balik kenangan dulu dgn mengimbau kembali segala apa yg berkaitan ...Kijeng...pernah dengar tapi tak ingat rupanya....atau ada nama lain utknya...

Azian Nd said...

Wkmsalam Norzila,
semuga apa yg akak paparkan punya banyak manafaat...Alhamdulillah...

mama sara nur @ Cik Nor said...

Assalam Azian
sedapnya cicah pulut ni kan
mkn dgn nasi pun ok