Assalamualaikum.
Ramadhan mula bergerak pantas memasuki hari ke 12 . Sekejap ajer rasanya masa berlalu. Persiapan hari
raya pula perlu di sediakan. Dah 12 hari lagilah berfikir-fikir nak masak apa ya.....
Jom kita cuba pula nestum chicken ni..... Selalu makan kat sebuah restoran Chinese Muslim di Puchong ni...Adam Ali.
Resepi begini memang sedap dimakan sewaktu panas-panas. Waktu sejuk pun sedap juga sebab gandingan
rasa butter dan daun kari nya begitu menarik selera.
Ini pun dah masuk list makanan kegemaran anak-anak saya selain butter prawn. Nak buat pun senang!
Rupa n rasa dah sama dgn kat Adam Ali, tak tau lah resepi sebenarnya bagaimana.
NESTUM CHICKEN
BAHAN-BAHAN
2 keping dada ayam/isi ayam
lada sulah
1 tbsp sos tiram
Tepung jagung
1 cawan nestum
2 biji putih telur
daun kari
cili padi
(hiris nipis. lebihkan jika mahu pedas)
50 gm butter
garam secukup rasa
2 tbsp gula kastor
CARA MEMASAK:-
1. Hiris nipis isi ayam. Lumurkan bersama sos tiram dan lada sulah. Biarkan sebentar.
2. Sebelum menggoreng celup di dalam putihh telur dan di lumur bersama tepung jagung satu persatu.
3. Goreng di dalam minyak penuh yang panas (. jangan di masak sehingga garing cukup sekadar hampir garing) Angkat dan toskan.
4.Cairkan butter di dalam kuali, Masukkan cili padi dan daun kari. Bila agak kekuningan perlahankan api.
5. Masukan nestum,garam dan gula. Gaul rata.
6. Akhir sekali masukkan ayam yang telah di goreng, gaul rata dan angkat.
5 comments:
menarik... x perna lg buat ayam nestum.. nampak sedap tu.. boleh masuk list dulu... ;)
sedapnya azian..anak anak mesti suka menu sebegini..selamat berpuasa
Salam Puan Azian,
Wahhhhh, rasanya tak pernah lagi saya makan ni....
Salam ramadhan kak...lama sungguh e-na x singgah sini...
Dah try, memang sedap.. Thank you sis..:-)
Post a Comment