Saturday, August 13, 2011

SET NASI TOMATO


Assalamualaikum...

Berbuka puasa menu apa semalam? Saya? Ni haaa....berbuka dengan set nasi tomato.

Pagi-pagi lagi dah merancang nak upload kat sini supaya dapat membantu memberi idea kepada yang 

ketandusan idea. Ya la hari ini hari Sabtu kan...manalah tau ada yang mak mertua  bapak mertua nak datang . 

Sedara mara atau teman-teman atau yang selalu tak masak nak masak untuk keluarga hari ini....

Set Nasi Tomato saya merangkumi nasi tomato, daging dendeng, jelatah azian dan telur ikan goreng.


NASI TOMATO ni sengaja saya kurangkan tomato pure nya kerana anak-anak saya tidak berapa suka 

akan rasa kemasamannya. Macam biasalah pilihan resepi saya tentu yang mudah dan selalu di masak 

dirumah...Saya campurkan 2 jenis beras supaya ia agak 'melekat' sedikit...

NASI TOMATO
BAHAN-BAHAN

2 cawan beras wangi

1 cawan beras basmathi

4 ulas bawang merah*

1 ulas bawang putih*

1 labu bawang besar
(hiris )

1/2 cawan susu cair

1 1/2 tbsp tomato pure
( tambahkan jika nak merah)

3 tbsp minyak sapi

1 tbsp marjerine

1 batang kulit kayu manis

4 biji buah pelaga

2 kuntum bunga lawang

6 tangkai bunga cengkih

daun pandan

garam secukup rasa

kismis( optional)

CARA MEMASAK:-

1. Satukan beras ,cuci dan sukat air seperti petua yg saya sarankan pada N3 terdahulu.

2. Toskan beras tetapi jangan di buang airnya.

3. Tumbuk bawang merah dan bawang putih sehingga lumat.

4. Panaskan minyak sapi dan marjerine. Tumis rempah 4 beradik diatas dan masukkan bahan yang di tumbuk. Bila hampir kekuningan masukkan bawang besar dan masak hingga bawang layu.

5. Masukkan air dan daun pandan, biarkan merenih. Masukkan pula  tomato pure. Kacau rata.

6. Masukkan susu cair dan garam. Apabila ia mula merenih, masukan garam secukup rasa dan kemudian masukkan beras . Biarkan ia hampir masak dan masukkan kismis. (jika suka) . Biarkan nasi betul-betul masak baru di kais.



Memang saya telah merancang ingin menggandingkan Nasi Tomato saya kali ini dengan daging dendeng. Lain 

dari kebiasaan. Asyik-asyik dengan Ayam Masak Merah boring juga!

Beginilah cara saya memasak daging dendeng.......


DAGING DENDENG

BAHAN-BAHAN

1/2 Kilo daging

6 biji bawang merah

4 biji bawang besar( merah)

1 biji bawang besar kuning/merah

1 peket rempah penumis

2 ulas bawang putih

10 tangkai cili kering
( rebus dan tumbuk kasar)

1/2 cawan kicap manis

2 tbsp air asam jawa/paste

1 cawan bawang goreng

CARA MEMASAK:-

1. Rebus daging sehingga empuk.Air rebusan daging di ambil bahagian bawah saja. Hiris nipis daging mengikut ira daging dan tumbuk. Goreng sebentar sahaja supaya tidak keras.

2.Kisar bawang merah dan bawang besar merah. 

3. Panaskan minyak secukupnya dan masukkan rempah penumis. Kemudian masukkan pula bawang yang telah di kisar. Tumis hingga naik bau baru masukkan cili tumbuk.

4. Masak dengan api sederhana supaya cili benar-benar masak atau minyak berwarna merah mula timbul.

4. Masukkan daging dan air rebusannya.

5. Masukkan kicap dan air asam jawa.Masak sehingga agak pekat.

6. Masukkan pula bawang besar kuning yang telah di hiris kasar dan gaul rata. Masak sehingga daging agak kering (ikut suka). 

7. Masukkan bawang goreng. Gaul rata-rata dan angkat.



JELATAH AZIAN diberi nama kerana yang membuatnya bernama Azian hehehe....

Jelatah begini telah saya buat sejak dari saya mula pandai masak.Kira-kira masa anak dara dulu la yer... 

Memang mudah dan cepat siap malah sedap ( bagi saya laaa...nak tau kena cuba!)


JELATAH AZIAN

BAHAN-BAHAN

1/2 Biji timun

1 biji tomato

1 biji cili hijau

1 biji bawang merah
(pilih yg agak besar)

2 tbsp sos cili

1 tbsp gula

2 biji limau kasturi- diambil airnya.
(sepatutnya letak cuka tp
saya sensitif pd cuka)

CARA MENYEDIAKAN:-

1. Hiris nipis timun, tomato,cili dan bawang .

2. Satukan kesemua bahan dan gaul rata. Siap!

# Lebih sedap jika di ramas perlahan dengan jari...air tangan ibu kan...heheh.


TELUR IKAN GORENG

Senang ajer....telur ikan di cuci, toskan. Lumur dengan sedikit garam, kunyit dan serbuk kari. Masukkan 

setangkai daun kari. taburkan sedikit tepung beras. Goreng garing. Beres!

Uish....N3 terpanjang semenjak saya menceburi arena berblogging ....hehehe. Harap tak bosan ehhh....


1 comment:

Adiweyah said...

assalamualaikum dan salam Ramadhan akak...bestnya nasi tomato tu...dah lama Fie tak makan nasi ni..