Saturday, July 23, 2011

SOTONG KEMBANG MASAK KICAP


Esok hari minggu tentulah ramai yang meluangkan masa untuk masak-masak dan makan-makan 

seisi keluarga terutamanya yang bekerja. Hari minggulahari untuk mempraktikkan skil 

memasak. Tapi bagi saya pula  hari Sabtu dan Ahad selalunya 'restoran azian' ditutup. Ya 

lah....tuannya pun perlu juga rehatkan...

Bagi yang tiada idea nak masak apa bolehlah mencuba Sotong Kembang Masak Kicap. Lari sikit 

dari kebiasaan...selalunya sotong kembang ini di masak bercili. Kalau di masak berkicap anak-

anak pun suka....

Saya menyukai Sotong Kembang yang kurang berair. Maka sotong tu saya sangai dulu selepas di 

cuci dan di potong. Apabila airnya telah keluar saya tapis dan tos kan baru lah dimasak seperti 

biasa.




SOTONG KEMBANG MASAK KICAP

BAHAN-BAHAN

2 Ekor sotong kembang

3 tbsp cili kisar

3 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

3 tbsp kicap pekat

2 tbsp kicap manis

2 tbsp sos tiram

1 Inci halia

2 tbsp air asam jawa

cili merah

bawang besar

1tbsp tepung jagung

CARA MEMASAK:-

1. Cuci dan potong sotong mengikut citarasa. Sangai sebentar sehingga keluar airnya dan toskan.

2. Tumis bawang putih dan bawang merah serta halia yang telah ditumbuk lumat hingga naik bau atau kekuningan.

3. Masukkan cili kisar dan masak hingga cili benar-benar masak atau naik minyaknya.

4. Masukkan kedua-dua jenis kicap dan sos tiram. Kacau rata dan masukkan pula air asam jawa.

5. Masak hingga kuahnya agak sebati dan masukkan pula sotong, cili merah yang telah di hiris beserta bawang besar yang di hiris bulat kasar-kasar. Gaul rata dan masak sebentar sahaja. Bolehlah di angkat dan di hidang.


1 comment:

Aida Azryn said...

wow! nampak menyelerakan!! 0.0