Assallamualaikum, cuti sekolah baru-baru ini saya dan suami sengaja tidak melalui 'highway' sekembalinya
dari bercuti di Cameron Highland dan Ipoh. Kami menyusuri jalan persisiran Pantai Barat melalui jalan-jalan
kampung untuk menikmati makanan dan pemandangan kampung.
Kiri kanan jalan di Gopeng ramai yang menjual durian tapi saya menolak untuk membeli atau makan durian
memandangkan perjalanan kami masih jauh. Takut-takut ada yang pening kepala bau durian.
Kami singgah di Sungai Besar untuk makan tengahari apa lagi kalau tak Nasi Ambeng... Memang itu juga
tujuan kami melalui jalan tersebut.
Sepanjang perjalanan pulang ramai yang menjual mentarang. Saya teringat kata-kata teman yang mengatakan
keenakan mentarang ni....maka saya singgah dan membeli sekilo sebagai percubaan.
Memang betul sedappp....lembut dan halus isinya tidak seperti lala yang agak liat sedikit. Cuma bau lala lebih
'harum' dan 'manis'.
Saya hanya mengukus Mentarang tersebut dengan ditaburkan sedikit bawang iris semasa mengukus. Dan
lawan nya tentulah sambal belacan ala-ala 'sambal belacan atuk'. Sambal belacan buatan bapa saya di gemari
anak cucu dan saudara mara saya....
Kalau nak cuba resepinya senang ajer cuma mungkin yang membezakan rasanya adalah 'air tangan'.....
SAMBAL BELACAN ATUK
BAHAN-BAHAN
5 Biji cili merah
4 biji cili api
1 1/2 inci belacan bakar
1 sudu gula
1/2 sudu garam
air asam jawa secukupnya
(campur dgn air masak dan gaul)
CARA MENYEDIAKAN:-
1. Campurkan semua bahan, kecuali air asam jawa dan tumbuk hampir lumat.
2. Tuangkan air asam jawa dan gaul sebati dengan anak batu.
Nota: saya sering menggunakan bilangan ganjil utk cili dan boleh di tambah dengan tomato cincang.
1 comment:
ooo...mcm tu ke rupanya mentarang tu? dulu masa pegi Tanjung Karang, selalu nampak mende ni, tp tak pernah beli...
Post a Comment