Uihhh...penatnya baru ajer balik berkebun. Ni ha...bawa balik secekak Asparagus. Hehehe manakan dapat
bawa balik sayur yer klu hanya berkebun di FV.
Sebenarnya inilah antara sayur-sayuran yang saya beli semasa di Cameron Highland tempohari.
Kali ini saya try masak bertaucu kering-kering. Emmm...sedap! Lebih sedap dan manis bila di goreng
bersama udang segar yang saya beli di Penambang Kuala Selangor ketika dalam perjalanan pulang dari CH.
Semuanya segar-segar tentulah sedap..Kiranya perjalanan saya kali ini cukup semua keperluan untuk
memasak dapat saya beli....Sekali-sekala apasalahnya. Walaupun penat dan mengambil masa yang panjang
tapi saya puas hati...
Cara memasaknya agak remeh sedikit tapi yang penting sedappp....
ASPARAGUS GORENG TAUCU
BAHAN-BAHAN
Secekak asparagus
1 - 2 biji cili merah
2 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2 Sudu makan udang kering*
( rendam)
1 sudu makan sos tiram
sedikit minyak bijan
2 sudu makan taucu
sedikit gula
6-8 ekor udang besar
200 gm isi ayam
(hiris nipis)
CARA MEMASAK:-
1. Potong asparagus mengikut suka. Celur sebentar dan angkat serta rendam di dalam air berais ( untuk mengekalkan kesegaran n warna). Tos kan.
2. Tumbuk bahan bertanda* hingga lumat.
3. Panaskan minyak dan goreng isi ayam hingga agak garing. Setelah di angkat goreng pula udang hingga merah.
4. Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan yang ditumbuk hingga agak garing. Masukkan taucu. Gaul rata dan masak sebentar.
5. Masukkan isi ayam dan udang serta secubit dua gula.
6. Masukkan asparagus dan titikkan minyak bijan. Gaul rata dan angkat.
No comments:
Post a Comment