Saya jarang sekali membuat Chocolate Cake dengan cara steam. Tetapi kali ini saya mencuba resepi dari
seorang teman. Hasilnya memuaskan hati kerana anak-anak juga suka kannya. Itulah tandanya kek itu sedap.
Bagi saya jika sesebuah kek itu lembut dan gebu serta stabil dari segi rasanya iaitu rasa coklat
nya tidak pahit , manis nya secukup rasa dan yang penting tiada rasa soda bikarbonat ( selalunya kek coklat
kuat rasa soda nya) maka resepi itu boleh digunakan dalam keluarga saya.
Untuk topping pula saya mencuba resepi coklat ganache yang saya ambil di laman sesawang. Belum
memuaskan hati hasilnya walaupun masih boleh digunakan resepi itu dan 'moral of the story' saya perlu
gunakan saja yang biasa saya guna. Apa pun tak salah kita mencuba....kan? Jika tak mencuba mana nak tau
hasil sesuatu resepi itu.....or saya tersalah teknik! Apa pun banyak kemungkinan.....
Yan( sama nama panggilan), Thanks for the delicious receipe. Izinkan akak kongsikan resepi nya di sini untuk
mereka yang ingin mencuba.
STEAM CHOCOLATE CAKE
BAHAN-BAHAN
3/4 bar butter
1 cawan gula kastor
1/2 tin susu sejat
2 eggs di pukul sedikit
1 cawan tepung gandum
1/2 cawanf serbuk koko
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp baking soda
1 tsp vanilla essence
CARA MENYEDIAKAN:-
1. Satukan gula, susu, vanilla essence dan butter dalam periuk.
2. Masak di atas api perlahan sehingga gula dan butter cair. Tutup api.
3. Masukkan telur yg telah di pukl sedikit ke dalam campuran butter yang telah sejuk sedikit. Kacau rata.
4. Ayak bersama tepung, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat. Masukkan campuran butter tadi kedalam tepung sedikit demi sedikit sambil di kacau.
6. Tuang ke dalam loyang bulat atau empat segi (9x9 or 8x8)dan tutup dengan aluminium
foil. Biar kan i longgar sahaja.
7. Kukus di dalam pengukus yang telah di didihkan airnya awal selama 45 minit. Sejukkan dan hias dgn chocolate ganache.
CHOCOLATE GANACHE
BAHAN-BAHAN
200 Gm coklat masakan
60 ml minyak sayuran
CARA:-
1. Cairkan coklat dengan cara 'double boiler' sehingga semuanya mencair. Masukkan minyak dan kacau rata sehingga sejuk.
2. Tuang ke atas kek dan ratakan.
3. Untuk decor. Pastikan coklat ganache betul-betul sejuk dan likat.
2 comments:
assalam kak, wah terliur nengok kek coklat ni...sedapnya...btw semalam saya dh cuba buat roti boy resepi akak...sedapla...tq sharing yer..:)
An ultimate temptation kak!!! Loved the cake...oooo yumm ;)
Post a Comment