Tuesday, February 1, 2011

Bihun Goreng BerTaucho


Panas! panas!....baru ajer keluar dari kuali ni.....

Hari ini Hari Wilayah dan anak-anak pula dah mula cuti CNY, so maknanya seisi keluarga berada di rumah untuk bersarapan pagi. Inti tembosa dan 

telur rebus ada di dalam peti sejuk tapi kenapalah saya begitu 'liat' nak menguli tepung....

Tup-tup bertukar menu pula....Bihun Goreng Bertaucho pula yang jadi.....

Apa-apa ajerlah....yang penting kami sekeluarga perlu bersarapan berat pagi ini...

Sebenarnya bihun begini adalah kesukaan suami saya. Dan satu lagi ianya mesti kering-kering macam nak 

bawa pergi rombongan dan bertaucho ...hehehe. Itu lah yang seringkali di minta oleh suami saya jika saya 

menggoreng bihun 

ketika di awal perkahwinan saya dulu.

Ada berbagai versi menggoreng bihun ini sebenarnya. Ada yang putih, merah dan hitam. Selalunya anak-anak 

saya lebih gemarkan yang putih dan hitam. Yang putih itu pun akan menjadi hitam juga kerana biasanyanya 

akan di makan bersama kicap bercili. Apa-apa saja yang berkaitan kicap pasti laku!


BIHUN GORENG BERTAUCHO

BAHAN-BAHAN

3 Keping bihun.
( rendam sebentar)

5 ulas bawang merah*

3 Ulas bawang putih*

5 tangkai cili kering*
9potong/celur)

2 sudu makan udang kering*
(rendam)

200 gm daging
(batang pinang)

2 Sudu makan sos tiram

3 Sudu makan sos cili
( saya guna Aminah Hassan)

3 sudu makan kicap manis
( saya guna hablal)

Sawi, kobis,taugeh, karot ect
( saya guna sawi N kobis)

2 kepingTahu
(goreng /potong)

3 biji telur
( dimasak spt scramble egg- garing2)

1 cawan air


HIASAN

Daun bawang

bawang goreng

Tahu goreng

CARA:-

1. Kisar bahan bertanda*. Tumis hingga bahan naik minyak.

2. Masukkan sos tiran dan sos cili. Kacau rata.

3. Masukkan daging dan masak hingga empuk.

4. Masukkan air dan kacau rata. Biarkan kuah sedikit pekat, masukkan kicap manis dan taucho.
( tak perlu letak air jika bihun di rendam semalaman)

5. Masukkan bihun dan kacau rata. Masukkan pula sayur.
. Masak hingga kering. Akhir sekali masukkan scramble eggs dan tahu.  Gaul rata dan angkat.

6 Taburkan bahan- bahan hiasan.


4 comments:

azian said...

salam kak...
soso aminah hassan mmg sedap...hehehehe...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

suami akak pulak.. suka bihun goreng kunyit.. asal kuning2 je mesti dia suka punya.. hehe.. anak2 mengikut je.. tak kisah sgt.. tp utk yg dua beradik yg kecik tu.. janji tak pedas dorang layan aje...

suri solehah said...

salam..sedap nampak mihun tu,,tapi nak tanya skit..duk tengok2 resipi tu..saya tak paham maksud taucho tu..ke istilah saya panggil lain ye?

Azian Nd said...

Salam,
Ya Azian, kat rmh akak jika utk memasak mesti guna sos tu...

Madiha, itu lah selera kan..masing2 ada selera tersendiri...

Suri Soleha, wkmsalm.
saya tak tau apa panggilan lain bagi tauchu selain soya jeruk asin atau fermentad bean paste.