Sunday, October 10, 2010

KASTARD CARAMEL


Atas permintaan anak saudara yang mengadakan jamuan makan-makan  meraikan perpindahan beliau ke 

rumah baru , beliau menempah kuih Serimuka dan Kastard Caramel dari saya.

Oleh kerana telah agak lama tidak membuat Kastard Caramel untuk keluarga maka saya membuat juga 

seloyang untuk anak-anak dirumah.

Tapi yang untuk dirumah saya taburkan sedikit parutan kulit lemon untuk sedikit kelainan rasa.

Gula hangusnya pula saya tidak buat hangus seperti biasa cuma agak kekuningan saja supaya terasa parutan 

lemon itu. 

BAHAN-BAHAN

1/2 Tin kecil susu pekat

1 Tin air

1 Tin susu cair/segar

 
Butir telur

2 butir kuning telur

1 Sudu teh esen vanila

Sedikit parutan lemon

2 Senduk nasi gula (jadikan karamel)

1 senduk air

CARA MENYEDIAKAN

1. Satukan telur, susu cair dan susu pekat. Kacau perlahan.

2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan esen vanila sambil di kacau perlahan-lahan. Tapis. Taburkan parutan lemon dan kacau rata perlahan-lahan.

3. Sangai gula hingga kekuningan.Kecilkan api dan masukkan air sedikit demi sedikit. (hati-hati ketika menuang air)Kacau hingga gula hancur. Tuang kedalam loyang. Ratakan.

4. Curahkan adunan kastard ke dalam loyang  dan kukus selama 30- 40 minit. (air kukusan hendaklah di panaskan dahulu).


Nota: Pastikan telur/adunan tidak di pukul kembang.



2 comments:

Unknown said...

kak azian tima kasih coz follow blog sy... emm kalau kita x mskkn telor jd x? sbb sy x suka kalau letak telur dlm pudding... emmm kenapa selalu sy buat gula hangus mesti pahit ?

Azian Nd said...

haniQaseh,
Memang ada resepi kastard yg tak perlu letak telor tp tiada dlm simpanan saya. Gula hanggus yg terlebih perang akan menghasilkan rasa pahit. So bila masak gula sebaik shj gula agak kekuningan bolehlah di masukkan air. Kacau selalu supaya gula semuanya larut.