Tuesday, June 22, 2010

GULAI AYAM KAMPUNG


Kelmarin pergi ke Mydin USJ untuk makan rojak dan cendol di Food Courtnya. Mulanya aku & suami merancang makan rojak di Subang Jaya. Selalunya di situ Q panjang. Kebetulan aku mahu membeli sedikit barang dapur maka kami hanya makan di Mydin saja yang tidak kurang juga enaknya.
Kebetulan Mydin menawarkan promosi hari bapa. Ayam kampung yang selalunya ku beli di Jusco rm 10 hanya dijual rm 6-7. Aku ambil 2 ekor kerana kecil.
Selalunya ayam kampung yang dijual di pasaraya agak muda sedikit jadi tidak perlu masak lama.
Bila kutanya kepada suami nak masak apa katanya masak rendang ayam campur daun puding.
Tapi kat mana yer nak cari daun puding ? Pening juga kepala mikirkan.
Akhirnya aku masak Gulai Ayam aje. Ala-ala restoran Tuan Faridah yang terkenal di Puchong ni....Tak da banyak beza sebenarnya masak lemak ayam dengan gulai ayam. Bagiku masak lemak hanya guna cili padi dan kunyit. Tapi gulai ayam ada banyak bahan lain. Tak percaya........ jom tengok.

BAHAN-BAHAN

2 ekor ayam kampung muda

15 biji cili padi*

2 Biji cili merah*

2 biji buah keras*

1Inci halia, lengkuas & kunyit*

1 mangkuk santan

4 batang serai*

5 Ulas bawang merah*

2 Ulas bawang putih*

Daun kunyit

Asam keping

2 biji cili merah
( belah 2)

1 Biji bawang besar
( hiris bulat)


CARA MEMASAK

1.Potong dan cuci ayam. 

2. Kisar bahan yang bertanda*

3. Sebatikan bahan kisar dengan ayam di dalam periuk. Masak hingga ayam separuh masak.

4. Masukkan santan dan asam keping. Setelah hampir masak masukkan garam,daun kunyit yang si siat-siat, bawang besar dan cili merah.

5.Biarkan sebentar dan angkat.



1 comment:

Unknown said...

salam sodap jugak ek..