Monday, June 21, 2010

KARI UDANG


Anak sulongku Ashiqin kerumah temannya semalam . Majlis makan-makan dirumah temannya itu sempena akan meninggalkan teman-teman yang lain untuk melanjutkan pelajaran. Pulangnya dari majlis itu aku bertanyakan juadah yang di masak. Katanya yang paling di gemarinya ialah Kari Udang .Lantas aku bertanya bagaimana rupa masakan itu. 
Kebetulan aku punya stok udang di dalam peti sejuk. Lalu aku pun mengambil peluang itu untuk mencuba Udang Kari sebagaimana yang anak ku ceritakan. Selalunya aku hanya goreng udang dengan menggunakan rempah kari tetapi kali ini aku memasak Kari Udang yang agak kering. 
Bila ku tanya anakku Ikmal ( pakar rasa /komen) yang menikmatinya paling awal kerana dia bersekolah sessi petang, katanya sedap!
Enak dimakan bersama nasi tomato, nasi minyak ,nasi beriani ehhh segala nasi pun sesuaiiii.....


BAHAN-BAHAN

800 gm Udang besar

2 batang serai*

1 inci halia*

1 peket rempah ikan/udang
(Babas pilihanku)

4 ulas bawang merah*

2 Ulas bawang putih*

2 batang serai*

2 sudu besar cili kisar

1 sudu besar air asam

2 sudu santan pekat

Sedikit gula & garam

Daun kari.


CARA MENYEDIAKAN

1. Bersihkan udang. (suka hanya buang kepala saja). Goreng sebentar.

2. Tumbuk bahan bertanda *. Larutkan rempah bersama sedikit air panas.

3.Tumis daun kari menggunakan minyak lebihan gorengan udang diikuti bahan yang ditumbuk hingga wangi. 

4 Masukkan cili kisar dan masak hingga cili naik minyak. Masukkan pula rempah kari dan kecilkan api.

Masak hingga rempah agak garing.

5. Masukkan santan, air asam, gula dan garam secukup rasa.Gaul rata.

6. Masukkan udang yang telah di goreng dan kacau rata. Masak hingga mendapat kekeringan yang di kehendaki.




1 comment:

Cikgu Zam said...

salam kak,
ummm saya pun nak cuba lah kari udang ala ala kering gtu, nampak best