Thursday, May 27, 2010

SAMBAL DAGING & KENTANG


Musim cuti sem. kolej/universiti telah bermula dan anak-anak yang lain sedang sibuk menghadapi peperiksaan. Semua ada dirumah membuatkan aku kurang waktu untuk bersantai di Alam Maya.Semuanya berkumpul dirumah dan aku harus menyelesaikan segalanya dari pagi hingga ke malam.Bila sudah berkumpul semuanya tentulah kepala ana sudah jadi fening! Di uji pula dengan anak-anak yang dijangkiti cacar air seorang demi seorang.
Bertambahlah cabaran buatku apabila anakku yang kecil, Lisa terkena cacar air. 
Walaupun doktor mengatakan anakku boleh makan apa saja, aku tetap menyediakan makanan yang di anggap tidak 'gatal'. Susah juga yea kerana anak-anak suka makan telur dan ayam. Terpaksa beralih ke daging & ikan pula.
Antara masakan yang ku masak ialah Sambal Daging & Kentang. Favorite anak-anak juga.  Selalunya aku menggunakan belacan tapi terpaksa skip lah kali ini.

BAHAN-BAHAN

1 kilo daging batang pinang

6 ulas bawang merah*

3 ulas bawang putih*

8 tangkai cili kering*
(rebus)

1 labu bawang besar
( hiris bulat-bulat)

2 biji kentang
(potong & goreng)

Sedikit air asam jawa, gula & garam

4 sudu besar cili sos

CARA MEMASAK

1. Kisar bahan bertanda*

2. Goreng garing daging yang telah dipotong dan dilumur dengan garam & kunyit.

3. Tumis bahan bertanda * dengan sedikit minyak menggoreng daging tadi hingga naik bau/ hampir garing.

4. Masukkan air asam,cili sos garam dan gula sehingga cukup rasa.

5. Masukkan daging, kentang dan bawang besar . Gaul rata dan masak hingga bawang agak layu. 




No comments: