Friday, May 21, 2010

KUIH BAKAR JAGUNG


Ketika menyusun semula isi perut peti sejuk di rumahku tempohari, terjumpa pula sesuatu yang telah ku lupakan iaitu 2 tongkol jagung. Mungkin ketika membelinya tempohari aku terfikir untuk membuat sesuatu. Di sebabkan banyak  tangan-tangan yang membuka tutup peti sejuk tu maka terselindunglah ia...
Hendak ku buatkan apa yea! Bubur jagung? Hanya 2 ketol dan ianya akan mencetuskan perang nanti!
Kebetulan hari tu CMG ada mengeluarkan N3 kuih bakar pandan maka apa salahnya aku tambahkan jagung!
Dengan resepi dari CMG ( pertama kali guna resepi sumber lain untuk kuih bakar) aku mencuba kuih bakar jagung.
Memang perfect segalanya. Dari kelembutan, rasa dan rupanya. Oleh kerana aku menggunakan jagung segar maka rasa dan aroma jagung itu lebih terasa.Tq CMG. Bolehlah aku membuatnya lagi!

BAHAN-BAHAN

2 tongkol jagung*
(dihiris ambil isinya)

200ml Air*

2 Cawan tepung gandum

600 ml santan

1 Cawan gula

3 Biji telur
(dikurangkan jadi 2)

2 Sudu minyak sapi
(cair)

1/2 camca teh garam

Bijan
(lupa letak)


CARA MEMBUAT

1. Kisarkan bahan bertanda * Tapis.

2. Satukan semua bahan kecuali bijan. Kisar di dalam mesin pengisar agar sebati.

3. Sementara itu panaskan acuan yang telah di lengser dengan planta diatas api atau di dalam oven.( suka gunakan acuan yang dibakar di atas api dapur -lebih garing)

4. Tuangkan bancuhan dan taburkan sedikit planta diatasnya. Masak dengan api yang perlahan selama 20 minit . Taburkan bijan dan masak lagi hingga permukaan nampak garing.( keseluruhan proses lebih kurang 1 jam)

5.  Angkat dan biarkan ia betul-betul sejuk baru di potong.



2 comments:

ain said...

kuih bakar memang fav saya!!!

Anonymous said...

best la blog u ni bnyk resepi yg bleh i belajar a'way tqvm ..