Friday, April 30, 2010

HOME MADE PIZZA

Ini adalah N3 keduaku mengenai Pizza. Dan kalau dah masuk ke blog aku ni tentulah hasil tangan aku sendiri. 

 Kali ini aku mencuba resepi roti utk pizza based dari Pn Mamafami kita pula. 

Secara basic, penyediaan nya lebih kurang sama dengan semua resepi pizza yang lain. cuma ada sedikit saja 

teknik dan bahannya yang berubah.Untuk sos,  selalunya aku menggunakan spagetthi sos. Tetapi kali ini 

telah kehabisan stok . Resepi sos pizza ini terhasil dari pemerhatianku terhadap kesukaan anak-anak tentang 

rasa sos yang diminati mereka. Apapun aku sekeluarga lebih menyukai resepi kali ini. Bezanya hanya pada 

tekstur roti nya yang kurang berminyak.  Kepada Mamafahmi, tq for sharing.....resepinya telahku olah 

mengikut gaya bahasaku, ok? Ok lah tuuuu.....


BAHAN-BAHAN

DOH ROTI.


200 gm tepung
(high protein )

120ml air

1 tsp gula 

2 tsp oregano

1 tsp yeast kering

1/2 tsp garam

2 Sudu makan olive oil


CARA.

1. Gaul semua bahan kecuali olive oil. . Gaul hingga adunan agak kenyal tetapi lembut.

2. Lumurkan olive oil dan uli lagi sehingga minyak sebati bersama doh.

3.Tutup dengan cling plastik . Biarkan selama 1 jam atau naik berganda adunan doh itu. 

4. Setelah naik, tumbuk-tumbukkan adunan dan bahagikan kepada beberapa bahagian. Bulat-bulatkan sambil di uli.

5. Biarkan selama 10 minit.

6. Canai doh mengikut besar acuan pizza .Rehatkan doh selama 20 minit. Bakar selama 10 minit dengan kepanasan 190 -C.

7. Sapukan sos pizza dan taburkan sedikit mozarella supaya segala bahan untuk toppingnya melekat.

8. Susunkan peperoni, meat balls, bawang besar, tomato, button mushroom etc. Taburkan mozarella, cheddar cheese dan sedikit parmesan cheese.( Jika tiada yg lain mozarella saja sudah cukup).

9. Taburkan sedikit oregano.

10. Bakar selama 15- 20 minit dengan kepanasan 180-190 -C atau mengikut keadaan oven masing-masing.



SOS PIZZA

BAHAN-BAHAN

4 Ulas bawang putih
(cincang/tumbuk)

200 gm daging kisar

1 tin tomato pure

1/2 cawan cili sos

Bawang besar
( cincang)

2 Sudu makan oregano

2 Sudu makan pizza herbs
( tidak digunakan- tiada stok)

Sedikit olive oil.


CARA PENYEDIAAN.

1. Tumis bawang putih dengan olive oil. Masukkan bawang besar. Masak hingga naik baunya.

2. Masukkan tomato pure dan cili sos. Gaul rata. Tambahkan garam, oregano, pizza herbs dan gula( perlu lebih sedikit utk menstabilkan rasa masam tomato pure)

3. Masukkan daging dan masak hingga empuk.Angkat. 





4 comments:

geraugebang said...

baru semalam makan piza tapi beli sebab tak gheti buat. ki ki ki..salam kenal dari kak gerau

Cikgu Zam said...

salam kak,
tahniah, kerana pandai maska piza yang kelihatan sangat enak tu (",)

MamaFaMi said...

Assalamualaikum Azian. Pizza ni, kalau dibuat sendiri, lagi jimat kos dan kita dapat seperti mana citarasa sendiri kan. Sos pizza Azian pulak sama macam sos spageti bolognaise yang mama selalu buat. Bezanya, mama tak letak tomato puree, tapi mama diced kan tomato segar dan tambah dengan tomato sauce dan kalau ada spagetti sauce untuk tambah tangy. Ish, sebut spagetti, rasa macam teringin nak makan spagetti plak!

Azian Nd said...

Salam,

Kak Gerau ...dah kenal lama dah!. Kalau ikut resepi tu InsyaAllah jadi...

Cikgu Zam,Kat rumah ini memang sgt suka Pizza. Jadi kenalah buat sampai pandai pizza yg sedap. hehehe

MamaFaMi, memang betul. Buat sendiri jimat kos terutama yg punya anak ramai mcm saya.
Memang sos itu mcm sos spagetthi sbb anak2 suka yg mcm gitu....