Saturday, May 8, 2010

BUNGA APA NI ???






Bila di tanya kepada kebanyakan ibu, pastinya akan menyukai bunga. Betul tak? Begitu juga ibuku Hajjah Mahayah binti Hj Abdul Rahim. Ketika waktu muda beliau rumah kami di kelilingi oleh pokok bunga-bungaan yang menceriakan. Dan kemungkinan dengan 'tangan hijau' beliau pokok-pokok bunga itu sentiasa berbunga mekar beraneka warna. Ingat lagi aku sewaktuku kecil dulu, setiap kali akan menyambut hari raya, pasti ibuku akan mengecat semua pasu-pasu bunganya. Walau apa pun yang terjadi itu suatu perkara 'wajib'!
Kesukaan ibuku itu juga pernah diiktiraf apabila beliau memenangi salah satu pertandingan laskap yang di anjurkan oleh MBS suatu ketika dahulu. Itu sudah cukup menyatakan betapa minat dan cintanya ibuku terhadap bunga-bungaan. Itulah ibuku.
Mungkin juga minat ibu 'turun' kepadaku. Dan hari ini rumahku pula dipenuhi dengan pohon-pohon hijau dan bunga-bungaan. Bezanya minatku lebih kepada yang berbau wangi. Lanskap rumahku juga pernah memenangi hadiah anjuran komuniti di kawasan tempat tinggalku.
Pokok bunga di atas adalah antara yang kutanam. Dibeli sewaktu ke Cameron Highland. Mengeluarkan bau yang seakan vanila.Kuletakkan ia berhampiran pintu masuk rumahku agar baunya menyapa hidung setiap kali pintu ku buka. Sehingga hari ini aku masih tidak tahu nama sebenar pokok tersebut.


6 comments:

ain said...

salam kak yan. apa kabar?? Happy mother's day utk kak yan.

Baru nak tanya akak, bunga aper tu?? seronok kan bila tnm2 bunga menjadi. saya pulak, klu tnm bunga, 90% tak boleh hidup lama.hihi

Yatie said...

Salam Azian, Selamat Hari Ibu, dtng rumah ambil kad dari Yatie ya...thanks..

Azian Nd said...

Salam Ain, akak sehat ajer... tq for the wishes.
Tu lah...akak pun tak tau apa nama nyer....

Wkm salam Yatie,
InsyaALLAH nanti gi ambik kad kat rumah yatie tu...

Unknown said...

salam..akak suka bunga dan akak suka tenguk pizza tu..memang sodap kan pizza ni.

Cikgu Zam said...

salam kak,
saya juga suka bunga dan juga "bunga". Ehh silap....... hahha

Azian Nd said...

Salam Kak Ina,
perempuan dan bunga memang tak boleh di pisahkan.
Kak Ina pun pandai buat pizza....

Cikgu Zam,
Bunga itu mendamaikan....eh awak tu dah ada yg 'mendamaikan' ke .....hehehe