Lama dah tak update blog ku ini bukan bermakna aku tiada. Hai hai hai..... ini baru rasa free sikit nak masukkan resepi. Itupun dari kumpulan resepi yang telah lama ku masak tetapi belum tiba turn untuk beraksi di laman blog ku ini. Kekangan waktu agak begitu mencengkam ketika ini kerana aku mendapat suatu tugas baru iaitu menghantar dan mengambil anak tuisyen hahaha...nak buat macamana anak keduaku bakal mengambil peperiksaan hujung tahun ini maka kenalah membuat sedikit pengorbanan memendekkan masa berblog apalagi main farmville kat facebook tuuuuuuuu.......Hahaha yang sebetulnya aku nih dah semakin aktif ber'ladang' tulah gamaknya mood menulis pun dah semakin menurun.......kena slowly tune jadual supaya semua selamat.......Apa pun jom lah tengok sayur buncis goreng yang 'manis' dan enak jika dimakan bersama nasi panas-panas dan ikan goreng.(itu menu orang M.... hehehe)
BAHAN-BAHAN
Secekak kacang buncis
10 ekor udang kering/hidup
2 Ulas bawang putih*
2 Ulas bawang merah*
1 labu bawang besar
1 biji cili merah
1 Sudu sos tiram
garam, kunyit dan gula
*tumbuk halus.
1. Cuci dan potong kacang buncis serong-serong.
2. Tumis bahan yang telah di tumbuk bersama sedikit minyak.Bila agak garing,masukkan udang yang telah di rendam.
2. Masukkan sos tiram dan sedikit air.
3. Masukkan kacang buncis dan masak hingga separuh masak. Masukkan pula cili hiris dan bawang besar yang dihiris. Gaul rata.
4. Masukkan sedikit kunyit, garam dan secubit gula. Angkat apabila cili dan bawang besar telah masak layu.
2 comments:
Salam Azian. Babah memang suka kacang buncis atau kacang kara atau kacang pendek. Setahu babah ini sahaja masakan yang sesuai kacang ini. Tak pernah tengok kacang tersebut dimasak cara lain.
Salam mybabah, selain digoreng, boleh juga dimasak lemak kuning dgn udang.Sedap dan manis rasanya.
Post a Comment