Sunday, December 6, 2009

TAMAN AZIAN

Melangkah ke arah taman hari ini membangkitkan semangat ingin berkebun.Kebetulan hari ini hari minggu. Maka hari inilah peluang untukku mengemaskini segala yang terdapat ditaman yang sejak akhir-akhir ini agak kelihatan tidak terurus. Semenjak ketiadaan pembantu rumah aku tidak dapat selalu meluangkan waktu untuk pokok-pokok bunga dan tamanku. Berbagai aktiviti perlu dilakukan seperti  menyusun, menanam semula,mengembur dan membaja segala apa yang perlu.Juga menyembur racun kulat dan serangga perosak terutama ketika ini hujan hampir setiap hari. Belalang kunyit sudah mula banyak memakan daun-daun pokok ku .Pokok Kesidangku sudah mula kurang berbunga. Pohon Melurku turut kurang memutikkan bunganya begitu juga dengan Cempaka, Kenanga dan Kemboja. Hanya pohon Mawar dan Jasmin yang tetap setia mengeluarkan bunga yang lebat. Aku rindukan bau-bauan bunga-bungaku yang segar dan harum terutama ketika waktu pagi dan hampir senja. Sebelum memulakan segalanya aku menyiapkan sarapan dan menikmatinya dilaman bersama suami dan Lisa anak bongsuku. Dari pukul 7 pagi hinggalah ke 1 tengahari aku dan suami berkebun aka beriadah, Jom layan gambar disekitar tamanku....



 Batu giling milik ibuku turut jadi hiasan taman.





Taman tempat 'relaks' kami sekeluarga.




3 comments:

E-na Zarina said...

mesti best dok ptg2 kt tmn akak ni kn....nyaman menghijau...

Azian Nd said...

Ya E-na, nyaman menghijau & sekali sekala berbau wangi di tiup angin wlu pun tak luas.....

Cikgu Zam said...

salam,
wouu cantiknya pemandangan dan landskap rumah akak, mesti best rileks kan...