Thursday, October 1, 2009

DAGING MASAK TAUCHU


Terkesan dengan cerita dari bloger muda adik Sofia, aku mencuba sesuatu yang baru tapi lama
bagi ku. Iaitu masak tauchu. Jika terdahulu aku ada memaparkan N3 Ikan Bawal Masak Tauchu
kali ini aku menukarkan ia dengan daging tetel. Kebetulan tempohari aku dan suami pergi ke
Pasaraya Maidin di Usj. Tempat selalunya aku membeli daging tetel untuk di masak kari yang
menjadi kegemaran anak-anakku.
Nah! suatu percubaan yang memberansangkan. Anak-anak amat menyukainya dan siap
berpesan lagi tuh. "Ibu.. lain kali boleh tak masak dagingnya lebih sedikit". ketiga-tiga anak
lelakiku amat menyukainya! Dan kini bertambahlah satu lagi menu yang bakal selalu menjadi
juadah kami sekeluarga...Terima kasih kepada adik Sofia yang telah mencetuskan idea dan
sahabatku Yanti yang pernah menceritakan kepadaku tentang masakan ini yang dimasak oleh
bondanya sewaktu berpantang.
BAHAN-BAHAN:-
1 Kilo daging tetel
(rebus hingga empok)
4 Sudu besar tauchu
3 Biji cili merah/hijau
(guna cili api jika suka pedas)
1 Labu bawang besar
(potong bulat)
5 Ulas bawang merah
3 Ulas bawang putih
2 Inci halia(hiris)
1 Sudu asam jawa+ 1 cawan air
CARA MEMASAK:-
1. Tumbuk bawang merah dan putih. Tumis bawang bersama halia hingga garing.
2. Masukkan tauchu dan goreng sebentar.
3. Masukkan daging+ airnya.Kacau rata. Biar sebentar atau hingga kuahnya pekat.
4. Masukkan pula air asam, cili dan bawang besar. Msak sebentar dan angkat.
Nota:- Garam tidak diperlukan.
Campurkan timun tua atau terung jika suka.

No comments: