Tauhu bakar merupakan makanan kegemaran terutamanya kaum wanita. Betapa nikmatnya jika dapat merasakan tauhu bakar yang agak garing kulitnya disambut pula dengan kesegaran sayur-sayuran segar dan yang paling penting kuahnya yang seimbang rasa manis, pedas dan kandungan kacangnya. Jika di lembah kelang , ada tiga tempat yang dapat memenuhi kehendak seleraku iaitu di JM Beriani , di sebuah gerai di Sub-urban Wangsa Maju berdekatan Carrefour dan juga di Kelab Darul Ehsan. Cubalah rasa resepiku ini manalah tahu dapat memenuhi citarasa selera anda.
BAHAN-BAHAN
10 biji tauhu pong
(bulat/segiempat)
1/2 biji timun
1/2 biji sengkuang
1 mangkuk kecil taugeh (di celur)
Kacang goreng tumbuk
Bijan (jika suka)
BAHAN A
1/2 botol petis
1 botol kicap manis hablal
1 botol sos cili Aminah Hassan
4 ketul gula kerek
CARA MENYEDIAKAN:
1. Masak bahan A hingga pekat.
2. Hiris timun dan sengkuang seperti batang mancis. jika suka boleh ditambah lobak merah.
3. Belah tahu dan sumbat kan sayur sayuran. Bakar tahu hingga agak garing dengan selalu memusingkan nya.
4. Campurkan kuah yang di masak tadi dengan kacang dan bijan. Curahkan keatas tahu bakar mengikut citarasa.
5. Taburkan juga kacang dan bijan sebagai hiasan.
Nota: Tauhu seeloknya dibakar di atas arang untuk mendapat aroma yang lebih enak

No comments:
Post a Comment