N3 kali ini telah lama ingin kusiarkan. Sebelum anak sulungku ke USA aku sempat membuatnya dan mengambil gambar untuk ditunjukkan kepada mat dan minah salleh di 'high school' anak ku. Tapi aku terlupa bahawa gambar itu tidak di buat 'copy' lalu aku sekali lagi membuat kuih kegemaran anak-anakku itu untuk minum petang. Sebenarnya bukan susah untuk membuat kuih tradisional ini tetapi ianya amat memerlukan kesabaran dan ketelitian.
Untuk pengetahuan semua, resepi kali ini aku pelajari dari kakak iparku, Kak Teh. Walaupun hanya belajar secara lisan, mengenangkan anak-anak amat menggemari kuih ini dan seringkali hanya menang membeli bukan menang terhadap rasanya aku mencuba berulangkali dan nah! akhirnya dapat juga aku memperolehi resepi yang memuaskan hati semua.
BAHAN-BAHAN
1/2 Peket tepung beras
1 Biji kelapa
(diambil santan sebanyak 4 cawan)
2 senduk nasi gula
sedikit garam
Daun pandan
Pewarna pink
CARA MEMBUAT
1. Panaskan kukusan. Masukkan daun pandan kedalam air kukusan.
2. Satukan kesemua bahan yang belum digunakan dan kacau rata. Bahagi dua dan warnakan dengan warna pink salah satu bahagian. Pastikan bahagian warna putih lebih sedikit kuantitinya dari warna pink.
3. Tuang 1 cawan warna putih kedalam loyang dan kukus sehingga keras. Lapisan pertama perlu lebih tebal sedikit. Begitu juga yang akhir.
4. Ulang dengan lapisan kedua iaitu warna pink sebanyak 3/4 cawan.
5. Ulang berselangseli warna hingga selesai. Sejukkan.
Nota:- Ada sesetengah resepi mencampurkan tepung ubi untuk menjadikan lapisan lebih mudah di pisahkan.Resepi ini tidak perlu kerana kuih akan berlapis cantik dan mudah dipisahkan selapis demi selapis.

No comments:
Post a Comment