Telah agak lama tidak menikmati rendang ayam. Terbiasa dengan masakan keluarga sebelah suamiku , rendang ayam minang selalunya menjadi resepi wajib. Tetapi hari ini aku ingin berubah selera dan menilai sejauh mana penerimaan keluargaku terhadap resepi ini. Alhamdulillah seperti biasa suami dan anak-anak ku menyukainya. Cubalah... manalah tahu keluarga anda juga menggemarinya.....
BAHAN-BAHAN
A
1 Ekor ayam
2 Biji kelapa( diambil patinya sahaja)
Asam keping & garam
B
1 1/2 inci halia
1 1/2 inci kunyit hidup
1 1/2 inci lengkuas
6 batang serai
2 Helai daun kunyit
8 Biji bawang merah
2 Ulas bawang putih
1/2 Bungkus rempah kari
1/2 Cawan cili kisar
15 Biji cili padi ( jika suka pedas)
CARA MENYEDIA
1. Kisar bahan B . Masukkan bersama ayam ke dalam kuali. Masak bersama santan sehingga ayam separuh masak.
2. Keluarkan ayam dari kuali.Teruskan merenih sehingga kuah pekat.
3. Masukkan ayam semula bersama asam dan garam. Masak sehingga mendapat kepekatan yang di kehendaki.
Nota: Masakan ini hendaklah selalu dikacau perlahan agar tidak hangus & ayam tidak
hancur.
Rendang ini sesuai dimakan bersama pulut kuning dan nasi impit.
No comments:
Post a Comment