Tuesday, August 9, 2011

Nasi Hujan Panas & Udang Masak Merah


Assalamualaikum.

Telah masuk hari ke sembilan umat islam menunaikan ibadah puasa. Pejam celik sekejap aje masa berlalu. 

Sebagai 'tukang masak' di rumah pening juga kepala nak memikirkan apakah menu yang bakal di hidang. Lalu 

pilihan utama saya adalah yang di gemari anak-anak. Itu pun yang tinggal hanya berdua yang puasa. Saya dan 

suami tak kisah apa pun hanya sesekali aje teringin nak makan itu ini.

Sebenarnya rasa bersalah juga nak upload resepi memandangkan yang berdua lagi tiada di rumah bersama berbuka , jika 

mereka buka blog ibunya pasti teringatkan makanan yang mereka suka. Tapi tak mengapalah ...semuga 

bertambah kuat ingatan terhadap ibu mereka dan semuga mereka dapat membezakan segala-galanya. Itu juga 

suatu pembelajaran bagi mereka.





Nasi hujan panas ini saya guna teknik paling mudah. Warnakan ala-ala rainbow gitu...

Tapi warna merah dah mengatasi warna lain....garang ajer jadinya nasi hujan panas tuuu... sebab matahari nya 

lebih terik dari hujan yang ghebas ajer...heheh




Dimakan bersama Kari Ayam , Udang masak merah dan semestinya papadom.

Disebabkan anak-anak tak makan jelatah /sayur maka saya tinggalkan geng yang itu. Malas pun yer jugak

 hehe...





Sambal udang versi ada manis-manis sikit supaya ngam bila makan.


NASI HUJAN PANAS

BAHAN-BAHAN

3 cawan beras basmathi

2 tbsp minyak sapi

2 sudu minyak masaK

1 Peket kecil rempah penumis

1 kiub stok ayam

1 biji bawang besar

1/2 cawan susu cair

1 helai daun pandan

2 tbsp air rose

Pewarna merah, hijau & kuning


CARA MENYEDIAKAN:-

1. Cuci beras basmathi. Sukat air mengikut ketinggian beras yang telah di ratakan dalam periuk tanpa air 

dengan jari. Masukkan air mengikut sukatan beras pada jari tadi tetapi kali ini jari di letakkan di atas 

permukaan beras yang rata. ( saya gunakan teknik ini untuk menyukat air ketika masak  nasi . InsyaAllah nasi 

tidak keras atau lembik). Rendam beras selama 10 minit dan tos kan airnya (jgn di buang)

2. Hiris bawang besar.

3. Satukan minyak dan minyak sapi . Tumis rempah penumis dan bawang besar hingga layu.

4. Masukkan beras yang telah di toskan dan gaul rata supaya tidak hangus. . Api perlulah perlahan. Masak sehingga air pada beras agak kering.

5. Masukkan air, susu, stok ayam, daun pandan dan garam secukup rasa.

6. Masak sehingga air agak kering. Titiskan air rose pada nasi. Buat lubang pada nasi dan titik kan warna pilihan. Tutup tudung periuk dan biarkan nasi benar-benar kering.


7. Apabila nasi telah kering barulah di kais rata agar warna sekata.



UDANG MASAK MERAH

10 Ekor udang besar

4 biji bawang merah*

2 Ulas bawang putih*

1/2 inci belacan*

6 tbsp cili kisar

1 tbsp sos cili

1 biji bawang besar

gula & garam secukup rasa

2 tbsp air asam jawa

CARA MEMASAK:-

1. Cuci dan toskan udang. Lumur dengan sedikit garam dan kunyit. Goreng sebentar. Ketepikan.

2. Kisar bahan yang bertanda * 

3. Tumis bahan kisar hingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan masak sehingga naik minyaknya.

4. Masukkan cili sos, air asam jawa, garam, dan gula secukup rasa.

5. Masukkan bawang besar yang telah di hiris kasar dan udang. Gaul dan masak sehingga bawang hampir layu. Angkat.

9 comments:

bdaria said...

Salam Azian, seronok masak makanan kegemaran orang yang disayang. Gebu nampak nasi tu

Sofea said...

mengancam sungguh menu berbuka kat rumah azian smlm ye..!

zanafahmi said...

Assalammualaikum Azian, puasa2 ni nasi pun nak kena kaler kan? baru selera bdk2 mkn..

azian said...

bdaria,
memang betul...beras basmathi Pusa Jasmine memang sesuai di gunakan.

Sofea,
Nak memikat anak seronok berpuasa....

Zana,
betul tu.....kaler memainkan peranan juga....

Ct noarizah aris said...

Wahh kak mengancam betul nasi tu... ni semualah ni yg buat senarai menu berbuka bertambah-tambah kang ni..:)

♥LOVE2COOK♥ said...

Tak boleh tahan tengok set menu akak!!! Terliur Love...haishhhh :)

azian said...

Ct noarizah,
Akak pun senarai pjg jg tp tak terbuat....heheh.

Love,
Lap sikit mulut tu...malu org tgk....hehehe...

Anonymous said...

kak...rempah penumis tu apa yek...?

azian said...

anonymous,
rempah penumis tu merangkumi buah pelaga, kukit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang.Ada di jual sepeket yg dah di campur semuanya.