Kari adalah salah satu masakan yang di terima oleh semua golongan dan kaum di Malaysia.
Kedua ibu dan bapaku berasal dari negeri Perak. Semestinya lauk kari ini tidak akan tinggal di dalam menu
mingguanku sejak kecil lagi. Yang istimewanya ialah kari yang di masak oleh abah.Sehingga kini aku tidak
terlepas dengan lauk kari kerana anak-anak ku juga menyukainya dan yang pasti pasangannya papadam akan
turut di tanya....
BAHAN-BAHAN
1 Ekor ayam(potong kecil)
2 Peket kecil rempah kari (Allagapas)
1 Peket rempah campur
2 Sudu makan cili kisar ( jika mahu pedas)
5 Biji bawang merah
2 Ulas bawang putih
1 1/2 Inci halia (hiris batang mancis)
1 Cawan air
1 Cawan santan ( jika suka)
Daun kari, garam & Asam jawa
Serbuk perasa atau kiub ayam
CARA MENYEDIAKAN:-
1. Tumis rempah campur,bawang putih dan merah yang telah di kisar sehingga garing.
2. Tumis pula cili kisar dan rempah kari yang telah di cairkan sehingga garing(bertukar ke warna coklat kehitaman)
3. Masukkan ayam gaul rata. Masukkan air dan biar mendidih perlahan.
4. Masukkan santan ,daun kari , garam,kiub ayam dan air asam jawa. Masak sehingga pekat.
1 comment:
emmm...sedap nie. kari dan papadam.
Post a Comment