KLIK KLIK NUFFNANG

Friday, July 15, 2011

PAK CHOY GORENG BERTELUR


Sayur-sayuran memang jarang di sukai oleh anak-anak. Tetapi jika kena cara masakan nya pasti di jamah jua 

oleh mereka. Jika di rumah saya sayur Pak Choy ni jarang mendapat tempat pada selera anak-anak 

sehinggalah saya menukar cara memasak dari goreng bersos tiram yang biasa saya masak kepada goreng 

bertelur. 

Jarang sekali anak saya mengatakan sedap kepada masakan sayur kecuali kepada kacang panjang berkicap

Tetapi kali ini  terkeluar sendiri perkataan 'sedap pulak sayur ni' dari mulut mereka dan saya pun senyum saja 

tanda puas!




PAK CHOY GORENG BERTELUR

BAHAN-BAHAN

Seikat sayur pak choy

2 biji cili merah*

3 ulas bawang merah*

2 ulas bawang putih*

4-6 ekor ikan bilis*

1 biji bawang besar

1 biji telur

CARA MEMASAK:-

1.Tumbuk bahan yang bertanda * hingga lumat.

2. Tumis bahan tadi hingga naik bau. Masukkan garam dan gula secukup rasa. 

3. Masukkan telur yang telah di kocak sambil dikacau. Masak hingga telur agak garing.

4. Masukkan batang sayur yang telah di potong dan gaul rata. Apabila separuh layu masukkan bahagian daun nya pula dan bawang besar yang di potong bulat-bulat. Gaul rata dan masak sehingga daun agak layu


No comments: