Hari persekolahan semakin dekat untuk berakhir. Kebanyakan sekolah telah mula mengadakan jamuan akhir
tahun dan juga perpisahan untuk kelas yang tertinggi. Anak saya juga tidak ketinggalan.
Seperti biasa ibu akan diminta membuat kuih apa-apa. Ada kuih apa-apa? Lu pikirlah sendiri....
'Apa-apa' yang saya ingat dalam pundak fikiran saya ialah yang mudah dan tidak mengambil masa yg terlalu
lama untuk saya menyediakannya. Lalu saya pilih membuat Puding Karamel. Saya boleh sediakan malam
sebelum nya dan di simpan di dalam peti sejuk. Jadual harian saya tidak terganggu....dan yang penting anak
saya dan teman-temannya suka....
Kali ini saya menggunakan resepi dari MyR pula. Thanks to MyR yang selalu mengutarakan resepi yang tidak
mengecewakan....
PUDING KARAMEL
- Sumber : MyR
BAHAN-BAHAN
PUDING
400cc(400ml) susu segar/susu cair
5 sudu besar gula halus
3 biji telur- pada suhu bilik
2 biji telur kuning-pada suhu bilik
2-3 titik esen vanila
KARAMEL
5 sudu besar gula
2 sudu besar air
CARA MENYEDIAKAN
1. Sediakan gula hangus dengan memasak gula hingga hancur dan kekuningan. Untuk mereka yang tidak
tahu bila air perlu di masukkan supaya gula tidak pahit dan karamel cukup kuning keemasan, masukkan air
sedikit demi sedikit sambil di kacau hanya setelah gula mula kekuningan dan nampak agak 'jernih'. Boleh
juga ditambah air supaya gula tidak keras dan mudah untuk karamel di tuang ke dalam bekas kecil.
2. Satukan semua bahan puding di dalam sebuah mangkuk dan kacau perlahan-lahan hingga sebati. Tapis.
3. Tuangkan ke dalam acuan yang telah di isi dengan karamel tadi dan kukus di dalam kukusan yang telah di panaskan awal menggunakan api yang sederhana.
4. Sejukkan di dalam peti sejuk untuk hasil yang lebih nyaman.
Nota: Saya lebih suka menggunakan susu segar atau UHT Full cream milk kerana hasil pudingnya lebih 'smooth' dan nampak lebih segar .
2 comments:
kak yan cayangggg... suapkan! nak nakk.. hihihi
aaaa hana...ngangga ngangga besar-besar....nanti jatuh karamel tuu....
Post a Comment