Thursday, November 25, 2010

SWEET CRUNCHY LONG BEAN



Baru-baru ini saya masak 'Sweet Crunchy Long Bean' ni tapi tak lah banyak sangat kerana takut 

sambutan anak-anak kurang memuaskan.Anak-anak saya sebenarnya susah nak di duga kesukaan mereka 

terhadap sayur-sayuran. Alih-alih kali ini sambutan begitu menggalakkan malah siap pesan lain kali ibu masak 

lebih sikit yer. Yerlah nak...asalkan bila ibu masak habis semuanya no problem...betul tak?

Sebenarnya memang sedap jika kacang panjang di masak begini yer laaa...apa-apa yang ada berkicap 

semuanya sedap!

Dah lama sebenarnya tak masak begini tapi sbb hanya ada kacang panjang aje dalam peti sejuk maka tiada 

pilihan lain. Gandingan kepada masak lemak sardin dengan daun gelugor. Dimakan dengan nasi panas dan 

ikan goreng saja pun boleh tambah nasi 2 pinggan...Dengan kicap yang  bersalut pada kacang itu dan krap 

krup kerangupan kacang itu membuatkan anak-anak saya leka memakannya. Tamabahan lagi di tambah 

dengan rasa manis masin dan sedikit pedas salutannya. Jom cuba....


SWEET CRUNCHY LONG BEAN

BAHAN-BAHAN

1 Ikat kacang panjang

3 Ulas bawang merah*

2 Ulas bawang putih*

2 biji cili merah*

segenggam kecil ikan bilis*
(rendam sebentar)

1/4 cawan kicap manis


CARA MENYEDIAKAN:-

1. Cuci dan potong kacang panjang.

2. Tumbuk bahan yang bertanda * hingga lumat. ( kisar pun boleh)

3. Tumis bahan yang ditumbuk hingga agak garing dan masukkan kacang panjang.

4. Masukkan 1/2 cawan air dan kacau rata. Masukkan kicap dan masak hingga agak kering.



No comments: