Monday, November 22, 2010

ROTI JOHN


Pagi ini saya buat Roti John sungguh istimewa kerana menggunakan daging korban. Oleh kerana semua ahli keluarga ada di 

rumah kali ini saya buat 2 batang baggguet  dan atas memenuhi kesukaan suami saya sediakan sos ala-ala 

Singapore Roti John yang ada timun tu.

Pada mulanya saya kira ada stok daging cincang di dalam fridge tetapi bila nak mula masak buka fridge yang 

ada hanya daging korban. Maka saya kisarkan saja daging itu.

Dengan rasa yang agak garing di luar dan disaluti dengan daging bertelur yang banyak dan terasa sedikit 

rempahnya di cicah dengan sos cili dan timun, 2 batang bagguet habis sekejap saja.Kepada yang ingin 

mencuba jom tengok resepi nya....







ROTI JOHN AZIAN

BAHAN-BAHAN

1 batang bagguet

400 gm daging cincang

1 biji bawang besar

2 sudu besar rempah kari daging

2 Ulas bawang merah

3 Ulas bawang putih

Lada sulah

3 biji telur

Timun

Sos cili 

CARA MENYEDIAKAN

1. Tumbuk bawang putih dan bawang merah.

2. Tumis bahan yang ditumbuk hingga naik bau dan masukkan rempah yang telah di cairkan dengan sedikit air panas.

3. Masakkan rempah hingga naik minyak.

4. Masukkan daging kisar/cincang dan gaul rata. Masak hingga daging empuk. Masukkan bawang besar yang telah di potong kiub dan sedikit garam , gaul rata. Angkat apabila bawang telah mula layu. Sejukkan.

5. Pecahkan telur kedalam daging cincang dan taburkan sedikit lada sulah.

6. Untuk memudahkan memasak, bagguet di potong 3 dan dibelah tengah tanpa putus.

7. Panaskan kuali leper dan letak sedikit planta serta sedikit minyak masak.

7. Ratakan sesenduk daging bertelur tadi dan tekapkan roti di atasnya sambil ditekan sedikit supaya daging melekat pada roti. Api hendaklah kecil ketika proses ini.Jika perlu tambahkan sedikit minyak masak/planta.

8. Apabila daging agak garing, terbalikkan sebentar supaya permukaan roti di sebelah luarnya pula garing.

9. Angkat dan sapukan mayonise jika suka. Ulangi proses sama hingga roti habis.

10. Cairkan cili sos dengan sedikit air panas. Masukkan timun dan gaul rata. 
( saya tambah bawang besar hiris)



No comments: