KLIK KLIK NUFFNANG

Saturday, October 9, 2010

APAM DOT DOT

 

Apabila anak saya Imran mengatakan kena bawa kuih ke sekolah untu jamuan hari raya juga menyambut hari 

kanak-kanak sedunia, saya buntu juga nak buat apa. Tempohari saya dah buatkan egg tart kali ini saya 

berkira-kira mahu membuat sesuatu yang dapat menarik minat anak-anak.

Kebetulan Kiwi filling ada dalam simpanan maka saya ambil keputusan untuk membuat apam dot-dot.

Resepinya sama seperti yang ibu saya buat dulu-dulu. Cuma dulu plain ajer dimasak dlm loyang. Kini dicorak 

sebegitu cantik dan di isi filling pula. Tentulah anak-anak berminat.

Oleh kerana tiada ukuran yang sebenarnya yg dapat membantu anak-anak saya atau generasi muda lain yang 

berminat maka saya mencari resepi sama dengan ukuran yang dapat membantu. Kepada yang ingin mencuba 

bolehlah try resepi dari hana - ni. Thanks Hana yer.....


Bahan-bahan
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus - hana kurangkan
  • 150gm susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.

No comments: