Monday, August 16, 2010

SAMOSA IKAN


Alhamdulillah telah enam hari Ramadhan kita lalui . Tentu berbagai jenis makanan telah di masak untuk di 

jadikan juadah berbuka.Samosa ikan ini adalah kegemaran suami dan pastinya tidak akan tinggal di jadikan 

antara menu hidangan berbuka. Memang agak jarang diperolehi di mana-mana. Dan sekiranya teringin 

hendak makan Samosa Ikan, saya akan buat sendiri kerana tidak pernah pula saya terjumpa ada di jual di 

kawasan sekitar.Jika ada pun berintikan inti karipap.Walaupun telah ada resepinya di bahagian kuih muih jika 

teman-teman ingin mencuba, saya sertakan semula resepinya di bawah:-





SAMOSA IKAN

Sumber: Azian Collections.


BAHAN-BAHAN:-


INTI

5 Ekor ikan selar
(rebus,asing isi dgn tulang, tumbuk.)

5 Ulas bawang merah

2 Cawan santan pekat

sedikit lada hitam

sedikit asam gelugur.


KULIT SAMOSA

1/2 Kilo tepung gandum

1/2 Cawan marjerine

Air + garam


CARA MEMBUAT

1. Untuk inti tumis bawang yang telah ditumbuk. Masukkan semua bahan yang lain . Tambahkan garan dan perasa. Masak sehingga kering. Angkat dan sejukkan.

2. Kulit- Gaul marjerine bersama tepung . Tambahkan air sedikit demi sedikit sambil menguli. Rehatkan doh sebentar.

3. Canaikan doh nipis-nipis dan terap dengan acuan bulat. Isikan inti dan telur rebus yang telah dipotong bulat-bulat. Kelim dan goreng dengan api yang perlahan.


4 comments:

HALAMANKU said...

salam akak.. syedap nampak n pastinya erma x pernah jumpa kat mana2 kedai.. tapau kak buat buka.. rajin akak..

Dahlia Nawi said...

salam..
akak, inti samosa tu macam kuah laksam kelate je..rasenye la..hehe.ye kan?

cikmanggis said...

salam azian..cm mmg suka samosa ikan ni.Jika balik kg cm selalu borong banyak-banyak simpan dalam freezer:)

azian said...

Salam .

Erma,
memang sedap...nak makan sedap kenalah rajin hihihi...

Dahlia,
Betul tu..rasa intinya mcm kuah laksam.Yg ajar akak pun org pantai timur.....

CM,
Saya pun selalu simpan stok dlm freezer.