Wednesday, June 23, 2010

RED RUBY


Dessert ini selalunya aku order bila makan kat Johnny's .Suka bila makan terasa krap krump waterchessnut. Bila di warnakan dan berkilat bukan saja sedap di makan tetapi cantik rupanya lalu mahal pula harganya!.
Bila Noorma dari Cendanakasih blogspot buat N3  pasal Red Ruby ni , dah tak boleh tahan. Aku pun mula mencari bahan. Nak makan puaslah katakan....Tapi bila kita nak tak jumpa pulak si waterchessnut tu....
Akhirnya dapat juga kat Tesco tapi dari 20 biji yang eloknya adalah separuh.
Bila dah siap semua, alih-alih kehabisan stok tepung ubi kayu pulak. Nasib baik cik abang ku sanggup pergi kedai terdekat.(sbb dia suka juga) Siap juga akhirnya cuma  tiada snow ice. Kalau ada lagi umph....
Aku tambah pula dengan halwa buah kabung yang kenyal bila digigit. Emmmm.........

BAHAN-BAHAN

Waterchessnut 
(buang kulit & potong kiub)

Nangka

Halwa kabung

Santan secukupnya
( dimasak sebentar dgn gula serta garam secukup rasa)

Tepung ubi kayu

Ais.


CARA MEMBUAT

1. Warnakan watercessnut dengan pewarna merah.Masukkan kedalam bekas bertutup dan letak pewarna. 

Tutup dan goncang sehingga pewarna merah rata. Masukkan tepung ubi kayu dan ulangi proses 

menggoncang. Tambah tepung agar ia menyaluti semua permukaan chessnut. Jika perlu gunakan tapis kasar 

untuk menapis tepung berlebihan.

2. Masukkan kedalam air yang sedang mendidih dan kacau perlahan hingga watercessnut timbul.

3. Angkat dan rendam didalam air agar tidak melekat.

4.Hidang bersama nangka, halwa kabung dan santan. Taburkan snow ice.



2 comments:

ima said...

salam azian...nampak sungguh menyelerakan...rajinnya buat sendiri...klu kat kedai berapa hinggit semangkuk tu...hehe

Datin El said...

salam azian
sedapnya..mesti sejuk je masuk ketekak
kalau dapat time buka puasa mmg enak sesangat..