KLIK KLIK NUFFNANG

Sunday, June 20, 2010

MEE SUP




Semangkuk Mee Sup untuk sarapan pagi sudah cukup mengenyangkan. Pada mulanya aku 

memang agak liat juga untuk membuat sarapan pagi hari ini. Tetapi bila memikirkan hendak membawa satu 

gerombolan ke kedai dan menghadapi kerenah mereka nanti, aku fikir lebih baiklah aku memasak aje Mee 

Sup. Semua bahan ada di dalam peti sejuk dan yang penting membuatnya memang mudah dan hasilnya sudah 

pasti memuaskan hati semua orang didalam rumah ini.Apatah lagi telah agak lama aku tidak memasak mee 

sup. Bukan apa ianya haruslah dimakan panas-panas agar  mee nya tidak kembang. 

Kepada anak-anak ku di sini ibu catatkan bagaimana memasak mee sup. Mudah dan ringkas!


BAHAN-BAHAN

1 Peket mee kuning.
( Cuci dan toskan)

200 gm isi ayam

5-6 ekor udang besar

1-2 keping fish cake
( di potong nipis-nipis)

5 Ulas bawang putih
( tumbuk)

1 Sudu makan serbuk lada hitam

Sedikit lada sulah

Kobis


CARA MEMASAK

1. Tumis bawang putih hingga kekuningan dan masukkan isi ayam. Gaul rata dan masukkan pula air secukupnya. 

2. Biarkan mengeleggak dan masukkan mee serta kobis yang telah dipotong kasar-kasar.

3. Masukkan udang . Gaul rata. Tambahkan garam secukup rasa dan juga lada hitam serta sedikit lada sulah. 

4. Angkat dan hidangkan bersama bawang goreng dan cili jeruk.


Nota: Mee sup lebih enak di masak dengan kadar semangkuk sekali masak.



No comments: