Saturday, June 5, 2010

BUN SARDIN & KACANG MERAH





Alamak! agak gelap roti yang kubakar hari ini.  Bukan apa, hari ini anak kecilku Lisa buat perangai. Asyik 

nangis dan nangis. Mana nak pujuk dia dan roti pula yang jadi mangsa. Tak pa cuma lebih gelap sedikit aje 

dari biasa.Rasanya tetap ummpphhh!.

Kali ini aku memang begitu teringin membuat Bun sardin. Selalunya letak tuna aje.

Nak cepat punya pasal aku hanya buat bun dan bunga aje (kes ingin mencuba bentuk bunga sepeti noorma - 

Noorma's Kitchen). Yang penting cepat siap dan boleh buat breakfast esok.Sempat ke untuk breakfast? 

Belum tahu lagi!


Untuk sambal Sardin

BAHAN-BAHAN

1 tin  besar sardin

3 ulas bawang merah*

2 ulas bawang putih*

2 Sudu besar ci;li kisar

1 labu bawabg besar
( potong 4 dan hiris)

lemon, garam & gula.

CARA MEMASAK

1. Kisar bahan yang bertanda *

2. Tumis bahan kisar hingga kekunigan dan masukkan cili kisar. Masak hingga cili agak garing.

3. Pisahkan ikan dari kuah sardin. Hancurkan ikan sardin.

4. Masukkan 2 sudu kuah sardin dan gaul rata.

5. Masukkan ikan yang telah hancur dan bawang besar. Masak hingga bawang agak layu.

6. Perahkan lemon. Tambahkan garam dan sedikit gula. Gaul rata dan angkat. Sejukkan.


ROTI BUN

BAHAN-BAHAN

210 gm tepung

30 gm gula

5 gm yeast kering

30 gm planta

1 biji telur kecil

120gm air sejuk

1/2 tsp bread improver

1/2 tsp bread softener

1 tbsp susu tepung

CARA

1. Satukan semua bahan kecuali planta. Uli menggunakan mixer sehingga adunan menjadi doh.

2. Masukkan planta dan uli lagi sehingga teksturnya seperti roti canai. 

3. Perap di dalam bekas yang bertutup dengan kain maslin basah ( sebaiknya di tempat panas) sehingga naik dua kali ganda.

4. Bahagikan doh sama rata dan isikan inti yang di sukai.

5. Biarkan doh naik sebentar dan sapukan 'egg wash' ( telur& susu) dan taburkan bijan..

6. Bakar selama 20 minit (mengiku oven masing-masing) dengan kepanasan 160-C.

7. Angkat dan sapukan planta di permukaan bun agar nampak berkilat dan cantik. 



1 comment:

CIKGU ZAM said...

salam, Alhamdulillah menjadiiiiiiiiiiiii ("<)