Puas sudah memikirkan hendak masak apa hari ini. Pada mulanya aku hanya mahu mencuba untuk membuat Ayam Pandan. Akhirnya terbabitlah pula dengan Nasi Hujan Panas ni.
Inilah akibat terpesona dengan N3 Yati dari Yatimemories tuuuu....
Tq Yati. Memang benar kata Yati, sedap dan mudah anak -anak pun sukakannya. Mak budak pun suka juga hingga tak sedar bertambah nasi!
Ketika N3 ini ditulis Ayam Pandan masih dalam proses pemerapan. So malam karang bolehlah ngap yang itu pulak! Huh makan lagi.....
Apa pun kita tengok bagaimana saya masak Nasi Hujan Panas yang ku gandingkan dengan Ayam Masak Merah.
BAHAN-BAHAN
6 cawan beras Bhasmati
8 Cawan air
2 kiub ayam
2 helai daun pandan
pewarna merah, kuning dan hijau
1 inci halia
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 sudu besar minyak masak
3 sudu besar minyak sapi
2 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
6 biji buah pelaga
CARA MEMASAK
1. Hiris bawang besar, bawang putih dan halia.
2. Tumis rempah penumis dan bahan yang dihiris dengan minyak & minyak sapi hingga kekuningan. (tumis dalam rice cooker aje)
3. Masukkan air dan biarkan menggelegak. Masukkan kiub ayam dan kacau rata.
4. Masukkan pula beras bhasmati dan daun pandan. Jika suka tambah sedikit garam secukup rasa.
5. Apabila nasi telah kering, buat beberapa lubang dan titis kan pewarna. Tutup periuk dan biarkan ia masak sempurna.
6. Gaul rata dan taburkan bawang goreng.
4 comments:
salam kak yan...datang nak tumpang makan!!! boleh ke..??hihi
Salam Azian...terima kasih atad ucapan buat Akak ya...maaf lambat sampai untuk kunjungan balas...namun...masih sempat ke untuk sama2 kita berhujan panas Dik??? Ada makna tu!
Nasi hujan panas ni nasi minyak yg diwarnakan ye? Boleh demam ni kalau kena hujan panas.
Salam ....
Ain, ehh....kecil tapak tangan....silakan....hehehe.
Kak Wati,
Ya kak walaupun diganggu hujan ketika panas, didtgkan pelangi utk menghiburkan hati....hehehe
Sikin, ya memang boleh demam kalau makan banyak2 kan....
Post a Comment