Hari ini sekembalinya dari membeli barang basah anak ketigaku bertanya kepadaku nak masak apa hari ini. Aku katakan tidak tahu lagi., nanti ibu fikirkan. Dia pun berkata "boleh tak ibu masak ayam masak kurma pekat-pekat." "Hari tu kat sekolah kawan Mal share nasi, lauk ayam masak kurma tapi tak sama macam ibu masak. Dia punya cair aje. Mal suka yang pekat." Aku agak terharu mendengarkannya kerana sebenarnya agak lama juga aku tidak masak masakan itu dan juga terharu kerana anakku itu tahu menghargai masakan ibunya.Dalam pada itu aku gembira kerana terurai satu masalah iaitu 'nak masak apa hari ini'!
Memang aku selalunya masak Kurma Ayam agak pekat kuahnya. Hanya sekali sekala bertukar selera aku akan mencairkannya. Apapun hari ini aku masak Kurma Ayam dan goreng Sayur Pak Choy bersama karot. Jom layan resepi Kurma Ayam cara ku.
BAHAN-BAHAN
1 Ekor ayam
2 Peket kecil rempah kurma
1 Mangkuk santan pekat
4 Ulas bawang merah*
3 Ulas bawang putih*
1 Inci halia*
Rempah Tumis
Sebiji limau nipis
2 sudu besar kerisik
1 Sudu besar lada hitam
(tumbuk)
Kentang
Cili merah/hijau
1 Labu bawang besar
( Potong 4)CARA MEMASAK
1. Tumbuk bahan yang bertanda*.
2. Tumis rempak menumis dan bahan yang di tumbuk hingga naik bau.
3. Masukkan rempah kurma yang telah di cairkan. Masak hingga agak garing.
4.Masukkan kentang dan ayam. Gaul rata dan biarkan ayam berperap bersama rempah dan agak kering airnya.
5. Masukkan santan dan kacau. Renihkannya. Masukkan kerisik dan lada hitam serta garam.
6. Biarkan kuah pekat sambil sekali sekala di kacau.
7. Masukkan bawan besar dan cili yang telah di potong mengikut suka. Apabila telah agak layu bawang bolehlah di perah limau nipis. Gaul dan hidang.
3 comments:
salam kak. sedapnya kurma ayam tu!!! lama dh saya tak msk kurma ayam. rinduuuu!!!
Salam Kak Azian,
Kite pun sama cam kak Ain, lama benar tak makan kurma ayam. teringat masakan mak jugak :)
huhuu..teringat masakan mak..sedihnye..
Post a Comment