KLIK KLIK NUFFNANG

Thursday, August 27, 2009

KELI BERCILI


Setiap kali ke restoran pasti ikan keli bercili akan menjadi salah satu lauk untuk dimakan
bersama beberapa hidangan lain. Dalam keluargaku ini tiada siapa yang tidak makan ikan keli.
Semuanya sukakannya apalagi bila di masak bercili dan garing. "Nak yang ada keropok" itulah
yang sering diminta.
Menjadi antara juadah berbuka puasa diganding bersama Sup Ekor dan Kangkung goreng begitu
menyelerakan.
BAHAN-BAHAN:-
1 Kilo ikan keli
2 Biji bawang besar
( potong bulat)
3 Ulas bawang putih
4 Ulas bawang merah
2 Senduk cili kisar
Asam jawa , gula , garam
CARA MEMBUAT:
1. Bersihkan ikan keli. Lumur garam dan kunyit. Goreng hingga garing.
2. Tumbuk bawang putih dan merah.
3. Tumis bawang hingga garing. Masukkan cili kisar dan masak sehingga garing.
4. Masukkan air asam jawa, garam dan gula serta perasa (jika perlu).
5. Masukkan bawang besar dan masak hingga bawang layu. Gaul rata ikan dan angkat.
Nota: Bersihkan ikan keli dengan asam jawa dan garam kasar.
Juga lumurkan sedikit tepung dan cuci bersih.

No comments: