Monday, August 24, 2009
PAPRIK UDANG
Antara masakan kegemaran anak-anak adalah Paprik. Tidak kira apa jenis Paprik samada
udang,ayam, daging atau campuran semuanya pasti akan digemari. Memandangkan anak-anak
memang menyukai udang, maka kali ini aku menyediakan masakan Paprik udang untuk juadah
berbuka kali ini dan semestinya sedap dimakan bersama nasi putih panas atau nasi goreng.
Tidak perlu masakan lain jika tidak berkesempatan kerana ia sudah cukup sempurna
kandungan protein dan sayur-sayurannya.
BAHAN-BAHAN
1/2 Kilo udang
Lobak merah
Kobis bunga
Kacang panjang
Tomato
4 Sudu besar cili kisar
4 Sudu besar sos cili
2 Sudu besar sos tiram
2 Sudu sos ikan
2 Ulas bawang putih
4 Ulas bawang merah
Serai , daun limau purut , cili akar
CARA MEMASAK:-
1. Kisar bawang putih , bawang merah dan halia.
2. Tumis bahan yang ditumbuk hingga garing. Masukkan cili kisar dan masak hingga garing.
Masukkan pula kesemua sos berserta serai yang dititik, daun limau dan cili akar yang dititik.
3. Masukkan sayur-sayuran. Tambahkan garam dan sedikit gula serta air asam jawa.
4. Akhir sekali masukkan udang dan dimasak sebentar sahaja. Angkat dan hidang.
Nota: Taburkan bawang goreng dan daun ketumbar unruk mendapat aroma yang lebih enak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment