KLIK KLIK NUFFNANG

Sunday, June 21, 2009

SERAWA DURIAN

Sekali lagi kami melalui jalan berliku Ulu Bendul menuju kedestinasi kami Kg Sikai, Kuala Pilah N9. Dalam perjalanan pulang petang itu suamiku singgah sebentar disebuah pondok menjual buah durian bukit yang kebetulan masih memasarkan raja buah itu. Nampak sayup pemilik kebun memungut durian yang gugur. Suasana begitu tidak dapat dilihat di kota tempat kami tinggal.
Kami menikmati buah durian di situ dan aku mengambil kesempatan membawa pulang sebiji dua. Pada mulanya terlintas di fikiran ingin membuat bubur kacang hijau durian tetapi atas permintaan anak keduaku Amirul, akhirnya inilah yang siap dimasak...
Paling menggembirakan bila melihat anak bongsuku Lisa turut menyukainya dan sempat juga kurakamkan aksi Lisa menikmati Serawa Durian yang pertama kali dinikmatinya sejak di lahirkan....








DIPERLUKAN

10 Ulas durian

11/2 Biji kelapa parut
(diambil 1litter santan)

1 Keping gula melaka


2 Helai daun pandan

Sedikit garam


CARA MEMASAK

1. Masak gula melaka/kerek bersama 1 cawan air hingga gula larut dan tapis.

2. Satukan santan, durian, gula melaka yang telah dilarutkan dan sedikit garam . Masak hingga agak pekat. Campurkan tepung gandum yang telah dicairkan dengan sedikit air supaya serawa agak pekat.

3. Masak hingga kuah pekat seperti dikehendaki .Angkat.


Nota: Kuah durian sedap dimakan bersama roti jala, roti putih juga pulut.

1 comment:

MamaFaMi said...

Huhuhu, sedapnya serawa durian. Naper makan sensorang, tak ajak aunty punnnn....